web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Dua Sahabat Usahakan Perniagaan ATV Di Pantai Esen

Taman ekstrem ATV itu beroperasi di atas tanah persendirian seorang penduduk kampung yang mengusahakan inap desa manakala sebahagian trek pula merupakan kawasan keluarga.

TARA Dikemaskini 4 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 06 Nov 2021 9:09AM

Mohd Zuhair Hizami, 29, (empat, kiri) dan Mohamad Hafifi Norzain, 29, (tiga, kiri) bersama pengunjung menunggang ATV di Pantai Esen, Batu Maung.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ketika negara dilanda pandemik COVID-19, dua sahabat karib mengambil keputusan berani untuk berhenti kerja dan mengusahakan perniagaan sukan ekstrem kenderaan serba rupa bumi (ATV) di Pantai Esen, Batu Maung di sini pertengahan tahun ini.

Mohd Zuhair Hizami dan Mohamad Hafifi Norzain, kedua-duanya berusia 29 tahun memulakan operasi Taman Ekstrem ATV Pantai Esen itu pada 15 Julai lepas setelah meninggalkan kerjaya sebagai kontraktor pembinaan jalan.

Dua anak jati Kampung Permatang Damar Laut itu kini menggajikan empat lagi anak muda berusia lingkungan 23 hingga 29 tahun dari kampung tersebut yang kehilangan kerja akibat COVID-19 selain membantu masyarakat tempatan meningkatkan ekonomi menerusi kedatangan pelancong ke kampung tersebut.

“Membesar di sini (Kampung Permatang Damar Laut), kami nampak Pantai Esen berpotensi dikomersialkan tanpa perlu pembangunan yang merosakkan alam semula jadi. Pengunjung boleh melakukan aktiviti ATV sambil menikmati pemandangan menarik yang ditawarkan di sini.

“Sebenarnya kami sudah lama merancang untuk memulakan perniagaan ini. Kami mengambil masa lima bulan untuk membersihkan kawasan, membina trek laluan ATV dan menyediakan fasiliti asas untuk kegunaan pengunjung hasil titik peluh berdua sambil dibantu rakan lain,” kata Mohd Zuhair yang ditemui Bernama di taman ekstrem ATV berkenaan baru-baru ini.

Mohd Zuhair berkata taman ekstrem ATV itu beroperasi di atas tanah persendirian seorang penduduk kampung yang mengusahakan inap desa manakala sebahagian trek pula merupakan kawasan keluarga Mohamad Hafifi menternak kambing sejak 10 tahun lepas.

“Tempahan pelanggan bagi hujung minggu sudah penuh hingga hujung tahun ini malah kita juga sudah menerima slot tempahan untuk tahun hadapan,” katanya.

Mohamad Hafifi pula berkata mereka tidak dapat menerima banyak tempahan kerana hanya memiliki 12 ATV dengan 10 daripadanya untuk kegunaan pengunjung manakala dua lagi digunakan pekerja.

Mengulas lanjut, beliau berkata pada permulaan, mereka berkongsikan modal berjumlah RM60,000 bagi membeli ATV dianggarkan bernilai RM8,000 sebuah selain kerja pembangunan fasiliti di kawasan tersebut.

Taman Ekstrem ATV Pantai Esen menawarkan perkhidmatan menunggang ATV sejauh empat kilometer yang menyusuri cerun bukit, lumpur, kawasan lalang, pantai dan kebun getah selama satu setengah jam dengan bayaran RM80 seorang.

Katanya mereka merancang menambah aktiviti seperti ‘terbang kelawar’ (flying fox) dan tapak perkhemahan selain fasiliti seperti surau, pejabat dan ruang menunggu yang lebih selesa untuk kegunaan pengunjung.

Orang ramai yang ingin merasai pengalaman sukan ekstrem ATV itu boleh menghubungi talian 019-2075587 untuk maklumat lanjut atau membuat tempahan. - Bernama

Semua gambar: Ariff Sabri, Bernama

Isu Pada

Langkah Kanan Nadhir Nasar & Nabil Aqil

06 Nov 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

Konflik Rumah Tangga Bertukar Tragedi, Lelaki Rohingya Maut Ditikam

2

Semasa 6 hari yang lalu

Kebakaran Pusat Hiburan, Pasukan Bomba Masih Jalan Kerja "Overhaul" Di Lokasi

3

Semasa 6 hari yang lalu

Bangunan Bekas Pawagam Odeon Musnah Dalam Kebakaran, Seorang Maut

4

Semasa 6 hari yang lalu

Keracunan Gas Karbon Monoksida Punca Lelaki Maut Dalam Kereta

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini