web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


#BrownBeauty 6 Model India Tempatan Yang Menggegar Dunia Fesyen!

Ayuh kenali enam figura berketurunan India yang menyinar di arena fesyen, dalam dan luar negara.

TARA Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Oct 2021 2:29PM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Persada fesyen tanah air sememangnya diwarnai dengan pelbagai rasa. Kita sebenarnya bertuah dilahirkan di bumi Malaysia, yang mempunyai aneka etnik dan budaya. 

Hal ini dapat dilihat di pentas peragaan tempatan, saat peragawan-peragawan dan peragawati-peragawati kita berjalan melewati pentas fesyen, terdapat pelbagai rupa dan warna yang majmuk.

Sebenarnya, isu #Diversity yang sering dilaung-laungkan oleh media dan dunia fesyen barat, tidak menjadi permasalahan di sini. Warna kulit bukan masalah untuk industri fesyen kita.

#Kepelbagaian sudah lama menjadi tunjang negara. Bersekutu bertambah mutu. Itulah ideologi bapa negara yang dipahat secara sakral di jata negara kita. 

Baiklah, sempena menyambut Hari Deepavali tahun ini, kami dengan bangganya mempersembahkan enam peragawan dan peragawati berketurunan India yang menggegar industri fesyen tempatan, seperti berikut:

 

#1 Deborah Priya Henry

Gambar: Azim Rahman
Gambar: Azim Rahman

Senarai ini dimulakan dengan salah seorang Wajah TARA kami, tidak lain tidak bukan, Deborah Priya Henry!

Dilahirkan di Dublin dengan darah kacukan Irish di sebelah ibunya dan keturunan India disebelah bapanya, nama ini tidak asing lagi di pentas ajang ratu cantik negara. Deborah merupakan mantan Miss Malaysia 2007 dan Miss Universe Malaysia 2011.

Dia memulakan kerjaya sebagai peragawati seawal usia 15 tahun. Tidak berhenti di situ, pengacara versatil dan aktivis kemanusiaan ini turut memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains dalam bidang Sains Politik dari Queensland University, Australia. Talk about beauty with brains

Instagram: @deborahenry

 

#2 Vanizha Vasanthanathan

Dark, tall and sexy!

Nama Vanizha Vasanthanathan tidak asing lagi dalam arena peragaan negara. Dengan tinggi 181cm, Vanizha juga seorang penari Odissi Klasikal India. 

Anak jati Kuala Lumpur ini berbakat dalam bidang peragaan, juga tarian. Tidak hanya itu, Vanizha juga sangat fasih berbahasa Melayu dan Mandarin. 

Dunia peragaannya bermula di Kuala Lumpur Fashion Week (#KLFW) 2014. Vanizha berjaya memecah tradisi dengan menjadi peragawati tempatan berketurunan India pertama di pentas #KLFW yang semasa itu didominasi oleh peragawati berkulit putih dari Eropah. 

Pada 2016, Vanizha melewati pentas fesyen Lakme Fashion Week di India dan pada 2018 di China Fashion Week di China.

Instagram: @vanizhavasanthanathan

 

#3 Kirill Moganasundaram

Juga bermula dari pentas #KLFW, Kirill Moganasundaram atau lebih mesra disapa dengan nama Kirill Mogan ini melewati pentas #KLFW2017 semasa dia baru sahaja berusia 17 tahun.

Berasal dari Ipoh dan sekarang menetap di Subang Jaya, pemuda kacukan Rusia di sebelah ibu dan keturunan India di sebelah bapa ini tidak sengaja menjadi peragawan kerana ketinggiannya yang mencecah 190cm. 

Instagram: @kiril_mogan

 

#4 Rubini Sambanthan 

Rubini Sambantan merupakan seorang peragawati, pelakon dan ratu cantik, Miss World Malaysia 2013 di mana dia menduduki tangga ketiga.

Suka menulis puisi Melayu, Rubini adalah gadis kacukan berketurunan India di sebelah bapa dan Nepal di sebelah ibu. 

Rubini juga pernah menyertai 'Asia’s Next Top Model 6' di mana dia memasuki kategori Top 9. Sayangnya dia tersingkir awal. 

Sekarang Rubini sangat aktif dalam bidang peragaan dengan menjadikannya sebagai karier sepenuh masa. Wajah Rubini tidak asing lagi dalam industri majalah dan fesyen tempatan. 

Instagram: @rubinirubi

 

#5 Shan Ratnam

Kalau buka aplikasi Zalora, anda mesti melihat peragawan yang satu ini. Shan Ratnam bukanlah seorang peragawan yang baru, dia sudah bermula sejak 2013 lagi.

Seperti Kirill, Shan menceburi bidang peragaan ini kerana ketinggiannya. Berketurunan kacukan Cina-India (Chindian), Shan sering disalah anggap sebagai jejaka Melayu kerana wajahnya yang persis Melayu.

Oh, sedikit trivia, Shan juga merupakan teman lelaki kepada Rubini Sambanthan!

Instagram: @shanratnam

 

#6 Terimunite Chandran 

Gambar: Instagram @bernardchandran
Gambar: Instagram @bernardchandran

Ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi? Terimunite Chandran merupakan anak lelaki kepada pereka fesyen tersohor, Bernard Chandran. 

Lahir dalam keluarga seni yang berpengaruh, Terimunite dianugerahkan dengan ketinggian dan rupa paras yang menawan. Jadi tidak hairan jika dia pantas melewati pentas peragaan tempatan, malah melebarkan sayap sehingga ke persada fesyen antarabangsa. – Getaran, 30 Oktober 2021

Instagram: @terimunite

Semua gambar kecuali tertera: Instagram masing-masing

Gambar utama: Instagram @shanratnam dan @vanizhavasanthanathan

Isu Pada

Fenomena Doktor Malar

30 Oct 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini