Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Fenomena Pelumba Kedai Kopi

Pernahkah anda mendengar sebuah komuniti motosikal klasik atau retro yang dikenali sebagai ‘pelumba kedai kopi’ atau ‘cafe racer’? Kalau boleh, mari kita 'berkenalan' dengan mereka.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Oct 2021 5:59PM

Gambar: Kelompok Marhaen

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Saat mendengar getaran enjin dan dentuman ekzos pada sesebuah motosikal, sudah tentu dalam kotak pemikiran kita semua membayangkan motosikal klasik atau moden yang mempunyai enjin berkuasa tinggi.

Antara jenama motosikal berkelajuan tinggi yang menjadi idaman orang ramai ialah Harley Davidson, Triumph atau MV Agusta.

Gambar: Kelompok Marhaen
Gambar: Kelompok Marhaen

Di Malaysia, hobi di dalam dunia permotoran mempunyai jumlah pengikut yang sangat tinggi. Pelbagai destinasi telah disinggah dan diterokai oleh penunggang-penunggang motosikal ini.

Tidak kira sejauh mana pun perjalanan di atas jalan raya, sebagai individu yang bergelar pejuang dua roda, kekuatan dan semangat membawa motosikal seolah sebati dalam diri mereka.

Namun, pernahkah anda mendengar sebuah komuniti motosikal klasik atau retro yang dikenali sebagai ‘pelumba kedai kopi’ atau ‘cafe racer’? 

Untuk pengetahuan anda, pelumba kedai kopi adalah individu yang memiliki dan meminati motosikal klasik. Sejarah pelumba kedai kopi telah wujud sekitar tahun 60-an bermula di England.

Mereka berlumba hanya bertujuan untuk menayangkan motosikal mereka dengan penuh gaya ke kedai kopi sambil mendapatkan secawan kopi di kedai tersebut.

Kini dalam dunia permotoran klasik, keterlibatan orang muda sudah seiring dengan golongan yang lebih berusia tanpa mengira jantina. Malahan, mereka mula menyedari bahawa kenderaan klasik merupakan satu aset yang berharga dan mempunyai nilai sentimental yang tinggi.

Gambar: emanhuggyTeto
Gambar: emanhuggyTeto

Golongan muda jua telah banyak mencipta pembaharuan di dalam dunia motosikal ini apabila mengubahsuai dan menggabungkan elemen reka bentuk klasik dan moden. Hasilnya, reka bentuk baharu yang dihasilkan oleh anak muda menjadi tarikan orang ramai termasuk golongan yang lebih berusia.

Gambar: emanhuggyTeto
Gambar: emanhuggyTeto
Gambar: emanhuggyTeto
Gambar: emanhuggyTeto

Terdapat pelbagai jenis reka bentuk yang ada pada motosikal klasik ini. Pemilihan jenis motosikal bergantung kepada minat penunggang itu sendiri.

Sebagai contoh terdapat beberapa  gaya seperti Chopper, Bobber, Brat, Scrambler dan banyak lagi mengikut citarasa masing-masing.

Di Malaysia, terdapat banyak tempat yang boleh mengubahsuai motosikal ini, malah segelintir penunggang mampu membuat proses pengubahsuaian dengan tangan mereka sendiri.

Gambar: DCRC_Malaysia
Gambar: DCRC_Malaysia

Antara jenama motosikal klasik yang harga jauh lebih murah dan menjadi permintaan tinggi adalah ialah GPX Legend 150, KTN GP 125, CMC Daytona 250.

Kebanyakannya, motor klasik yang kilangnya berpangkalan di Thailand dan Vietnam ini mempunyai kuasa enjin 125cc sehingga 250cc.

Walau bagaimanapun, kelajuan dan harga motosikal bukan menjadi agenda utama kepada pelumba kedai kopi tetapi penampilan, hobi dan nilai kekeluargaan yang dimiliki menjadi keutamaan.

Kepuasan dan keseronokan menceburi dunia permotoran klasik ini dapat dirasai apabila terjalin perkenalan antara penunggang yang lain dari pelbagai tempat, berjumpa dengan rakan-rakan lama serta dikenali oleh orang dari serata tempat.

Gambar: Adipati Bertiga
Gambar: Adipati Bertiga
Gambar: Kelompok Marhaen
Gambar: Kelompok Marhaen

Kebiasaannya aktiviti konvoi dianjurkan oleh kelab-kelab tempatan sama ada berskala jauh atau pun dekat, ia tetap berkonsepkan santai. Lazimnya aktiviti ini dilaksanakan pada hujung minggu atau musim cuti panjang. 

Sejak pandemik COVID-19 melanda Malaysia, beberapa komuniti motosikal daripada pelbagai tempat mengambil inisiatif dengan mengadakan program 'Ride Amal' bagi membantu golongan yang memerlukan demi kelangsungan hidup, “Sambil konvoi,sambil beramal.”

Gambar: Japstyle Malaya
Gambar: Japstyle Malaya

Jika dapat dilihat fenomena dan kelab-kelab pelumba kopi ini telah lama wujud di negara lain seperti di England dan Indonesia. Malah, motosikal klasik ini juga banyak digunakan di negara Pakistan. 

Tidak kurang hebat kelab-kelab pelumba kopi yang sedang meningkat naik dan popular di Malaysia seperti Kelompok Marhaen, Adipati Bertiga, Khuda Puaka dan Japstyle Malaya.

Ini antara kelab-kelab tempatan yang sedang membawa gelombang budaya pelumba kedai kopi di Malaysia.

Konklusinya, semua penunggang motosikal klasik tidak kira enjin berkuasa tinggi atau rendah, harus cuba untuk terus mengekalkan budaya ini.

Diharapkan, komuniti pelumba kedai kopi dapat menampilkan gambaran yang positif di mata masyarakat dan terus maju kehadapan.

Semoga ia dapat menarik lagi minat dan penyertaan yang lebih ramai daripada semua golongan di Malaysia.

Akhir kata, sedikit pesanan ringkas, ‘Apabila anda di jalan raya, ingat anda bukan seorang raja,’ sentiasa berhati-hati ketika menunggang dan patuhi peraturan jalan raya. - Getaran, 24 Oktober 2021


 

Isu Pada

Rizal Rasid – Tentang Kesihatan Mental

23 Oct 2021

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi