Berita Terkini

23 jam yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail

IKUTI KAMI


15 Program Realiti TV Yang Pernah Popular Di Malaysia

Masih ingatkah anda kepada rancangan-rancangan realiti ini? Ada yang menari, ada yang menyanyi dan macam-macam lagi. Mana satu kegemaran anda?

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Oct 2021 9:23AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Masih ingatkah anda kepada rancangan-rancangan realiti ini?

Ada program untuk mereka yang mahu jadi penyanyi, mahu serlahkan bakat menari, mahu cabar diri merantau dengan lasak dan macam-macam lagi.

Pujian dan kecamanan tentang program-program ini banyak menghiasi dada media massa dan sosial ketika ia ditayangkan.

Mana satu kegemaran anda?

 

'Akademi Fantasia' (AF)

Mawi, juara AF3
Mawi, juara AF3

'Akademi Fantasia' atau lebih lebih dikenali sebagai 'AF' mula menemui penonton Malaysia pada tahun 2003. 'AF' adalah program realiti nyanyian adaptasi dari Mexico iaitu 'La Academia'.

'AF' merupakan pencetus kepada program realiti di Malaysia dan satu-satunya program yang memberikan 100 peratus kuasa kepada penonton untuk mengundi siapa pemenang pilihan mereka menerusi undian SMS. 

Demam 'AF' mula menular di Malaysia apabila setiap malam Sabtu, kebanyakan rakyat Malaysia menghabiskan masa di rumah menonton konsert mingguan 'Akademi Fantasia' yang dihoskan oleh Datuk Aznil Haji Nawawi. 

Dikhabarkan 'AF' juga antara penyebab ramai rakyat Malaysia mula melanggan Astro. Ketika demam ‘Tsumawi’ melanda, jumlah keseluruhan undian untuk Mawi sahaja bernilai RM12.6 juta.  

Ratusan bintang telah lahir dari program ini. Kebanyakan mereka merupakan penyanyi yang berjaya di Malaysia serta memenangi banyak anugerah.

Antara penyanyi popular yang lahir dari 'AF' ialah Mawi, Hafiz Suib, Stacy, Aizat Amdan, Akim, Hael Husaini, Nabila Razali, Ayda Jebat dan ramai lagi. 

 

'Malaysian Idol'

Jaclyn Victor, juara Malaysian Idol
Jaclyn Victor, juara Malaysian Idol

Sebelum 'Malaysian Idol' muncul di kaca televisyen Malaysia, ramai yang sudah mengenali rancangan realiti yang bermula di Amerika iaitu 'American Idol'.

'American Idol' adalah program realiti nyanyian paling popular di dunia pada ketika itu. Malah juara sulungnya iaitu Kelly Clarkson turut menempa populariti yang luar biasa.

Apabila Media Prima memperkenalkan 'Malaysian Idol', ribuan rakyat Malaysia telah menghadiri sesi uji bakat yang diadakan di beberapa buah negeri dengan harapan bakal dinobatkan sebagai idola rakyat Malaysia.

Penyanyi hebat, Jaclyn Victor telah dinobatkan sebagai juara musim pertama, manakala Dina Nadzir pula menyandang gelaran naib juara.

Namun 'Malaysian Idol' hanya bertahan selama dua musim di Malaysia di mana juara terakhirnya adalah Daniel Lee. 

 

'One In A Million (OIAM)'

Peserta 'One In A Million' musim pertama
Peserta 'One In A Million' musim pertama

Mempertaruhkan hadiah berupa wang bernilai RM1 juta, 'OIAM' menjadi medan untuk setiap individu yang punya impian bergelar penyanyi dalam masa yang sama bergelar jutawan muda.

Tidak hanya terbuka untuk golongan amatur, 'OIAM' juga membenarkan penyanyi profesional untuk turut sertai rancangan ini antaranya Dayang Nurfaizah, Shila Amzah, Allahyarham Siti Sarah, Datin Alyah, Faizal Tahir dan Tomok. 

Menariknya rancangan ini dihoskan dalam dwibahasa di mana Awal Ashaari mengacarakan dalam Bahasa Malaysia dan Marion Caunter dalam Bahasa Inggeris.

Antara penyanyi popular yang lahir dari 'OIAM' adalah Alif Satar, Ayu Damit, Suki dan Aweera. 

 

'Audition'

Azad Jasmin, antara peserta 'Audition'
Azad Jasmin, antara peserta 'Audition'

Membawakan konsep hampir serupa dengan 'Akademi Fantasia', 'Audition' hadir di saat 'Akademi Fantasia' sedang beraja di kaca televisyen Malaysia.

Disiarkan di NTV7, 'Audition' dilihat sedikit malap sinar bintangnya. Karier pesertanya lebih menyerlah dalam bidang lakonan seperti Azad Jasmin, Balkisyh dan Razali Hussein. 

 

'Mentor'

Black Hanifah, Juara 'Mentor' 3
Black Hanifah, Juara 'Mentor' 3

Tidak mahu kalah dengan program realiti dari stesen TV yang lain, TV3 hadir dengan program realiti nyanyiannya sendiri iaitu 'Mentor'.

Menariknya program ini, apabila beberapa orang penyanyi terkenal negara dipilih untuk menjadi mentor kepada protégé yang dipilih mereka sendiri sewaktu sesi uji bakat.

Antara penyanyi popular yang dilahirkan menerusi program ini adalah Black, Aina Abdul dan Salma.

Manakala penyanyi-penyanyi popular yang pernah bergelar mentor pula terdiri dari Dato’ Seri Siti Nurhaliza, Ziana Zain, Erra Fazira, Mas Idayu, Ella, Amy Search, Zainal Abidin, Noraniza Idris, Ning Baizura dan ramai lagi.

 

'Gangstarz'

One Nation Emcees, juara 'Gangstarz'
One Nation Emcees, juara 'Gangstarz'

Di saat banyak program realiti yang mempertaruhkan penyanyi individu, TV3 memperkenalkan program realiti terbaru iaitu 'Gangstarz' yang mencari penyanyi berkumpulan.

Lebih menarik rancangan ini tidak terbuka kepada peserta di dalam negara sahaja, malah peserta dari negara seberang turut berpeluang menyertai 'Gangstarz'.

Antara kumpulan popular yang lahir menerusi program ini ialah One Nation Emcee, The Lima dan Mendua. 

 

'Idola Kecil'

Peserta 'Idola Kecil'
Peserta 'Idola Kecil'

'Idola Kecil' merupakan program realiti nyanyian terbitan TV9 yang menjadi platform untuk bakat-bakat cilik seluruh Malaysia mempamerkan kehebatan mereka dalam bidang nyanyian.

Antara penyanyi terkenal yang lahir dari program 'Idola Kecil' ialah Haqiem Rusli, Ayie Floor 88, Azzam Sham, Afieq Syazwan, Harris Alif, Irfan Haris, Farisha Iris, Ben Laden dan ramai lagi. 

 

'Anak Wayang'

Amar Baharin, peserta 'Anak Wayang'
Amar Baharin, peserta 'Anak Wayang'

Di awal kemunculan program realiti Malaysia, semuanya tertumpu kepada bidang nyanyian. Namun Astro Ria hadir dengan program realiti baru yang mencari bakat dalam bidang lakonan menerusi program 'Anak Wayang'.

'Anak Wayang' yang dihoskan oleh Fazura dan Rusdi Ramli telah melahirkan beberapa pelakon berbakat tanah air seperti Amar Baharin, Dayana Roza, Hairie dan ramai lagi.

Namun program ini hanya bertahan selama semusim sahaja. 

 

'Pilih Kasih'

Rosyam Nor, pengasas 'Pilih Kasih'
Rosyam Nor, pengasas 'Pilih Kasih'

Serentak dengan kemunculan 'Anak Wayang', RTM dengan kerjasama Datuk Rosyam Nor turut memperkenalkan program realiti terbaru mereka iaitu 'Pilih Kasih' yang turut mencari bakat-bakat baru dalam bidang lakonan.

'Pilih Kasih' bertahan selama tiga musim dan telah melahirkan beberapa pelakon popular seperti Zulin Aziz, Reen Rahim, Cristina Suzanne, Lia Natalia, Ungku Hariz dan ramai lagi. 

 

'Sehati Berdansa'

Juara 'Sehati Berdansa' musim kedua
Juara 'Sehati Berdansa' musim kedua

Satu-satunya program realiti di Malaysia yang melibatkan pasangan selebriti yang bergelar suami isteri. 'Sehati Berdansa' berjaya mencuri tumpuan penonton Malaysia yang terhibur melihat persembahan gerak tari pasangan-pasangan popular tanah air.

Saban minggu setiap pasangan diberikan tugasan mengikut tema dan diadili oleh juri tetap.

Bertahan selama tiga musim, juara musim pertama dimenangi oleh Vanidah Imran dan Rashidi Ishak, musim kedua pula dimenangi oleh Lisdawati dan Fauzi Nawawi dan musim terakhir dimenangi oleh Sein dan Nana. 

 

'Mari Menari'

Peserta 'Mari Menari'
Peserta 'Mari Menari'

Selepas kejayaan program 'Sehati Berdansa' yang melibatkan pasangan selebriti, Astro telah memperkenalkan program realiti 'Mari Menari' bagi mencari pasangan yang hebat di lantai tari.

Peserta yang mahu menyertai 'Mari Menari' haruslah merupakan pasangan yang mempunyai hubungan pertalian yang sah seperti keluarga dan pasangan berkahwin.

Program yang dihoskan oleh Lisa Surihani dan Awal Ashaari ini cuma bertahan selama dua musim sahaja. 

 

'Explorace'

Daphne Iking, hos 'Explorace' musim pertama
Daphne Iking, hos 'Explorace' musim pertama

Rancangan realiti pertama di Malaysia yang mengetengahkan aktiviti kembara persis rancangan terkenal dari luar negara iaitu 'Amazing Race'.

'Explorace' disiarkan di TV3 dan telah dihoskan oleh Daphne Iking dan Sasha Bashir. Namun program ini cuma bertahan selama dua musim dan satu musim edisi 'Explorace Selebriti'. 

 

'Malaysia’s Top Host'

Nurul Syuhada Nurul Ain, Juara 'Malaysia's Top Host'
Nurul Syuhada Nurul Ain, Juara 'Malaysia's Top Host'

Pada tahun 2005, TV3 telah memperkenal satu program realiti terbaru iaitu 'Malaysia’s Top Host'.

Ia merupakan program realiti pencarian bakat baru dalam bidang penyiaran televisyen. Antara personaliti TV yang lahir dari program ini ialah Nurul Syuhada Nurul Ain, Saifulnizam Ismail dan Teh Syuhada. 

 

'On Air'

Para peserta 'On Air'
Para peserta 'On Air'

Pada tahun 2012, Astro Ria berpadu tenaga bersama pengacara terkenal, Datuk Aznil Haji Nawawi menerbitkan program realiti pencarian pengacara televisyen iaitu 'On Air'.

'On Air' merupakan rancangan realiti yang melatih bakat-bakat baru yang mempunyai impian untuk bergelar pengacara dan wartawan penyiaran.

Antara pengacara popular yang lahir dari rancangan ini ialah Dahlia Shazwan, Hefny Saad, Hilal Azmi, CK Faizal, Hafizul dan Syakirin. 

 

'Imam Muda'

Imam Muda Asyraf
Imam Muda Asyraf

Ketika program realiti di Malaysia kebanyakannya berkiblatkan hiburan, Astro mengambil inisiatif untuk menerbitkan program pencarian pendakwah muda yang diberi nama 'Imam Muda'.

Setiap peserta yang terpilih akan ditempatkan di sebuah asrama selama tiga bulan dan mempelajari tentang hal-hal keagamaan dan kepimpinan Islam.

Diterbitkan selama tiga musim, antara peserta yang berjaya menjadi pendakwah terkenal di Malaysia ialah Imam Muda Asyraf. - Getaran, 10 Oktober 2021

Gambar : Instagram dan pelbagai sumber Google

Isu Pada

Ummi Nazeera: Tak Pernah Berhenti

09 Oct 2021

Sorotan

1

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

2

Lebih 50,000 Kampit Beras Putih Tempatan Diagih Hingga 22 April - LPP

3

Sungai Golok Surut, Tidak Mustahil Wujud Pangkalan Haram Baharu – Kastam

4

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

5

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

6

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi