Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Kenali 5 Daerah Di Sabah Yang Punya Tarikan Tersendiri

Selain keindahan alam semula jadinya yang luar biasa hebat, Sabah juga kaya dengan pelbagai etnik, budaya dan bahasa dan setiap daerah di Sabah memiliki identiti dan keunikannya sendiri.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Sep 2021 6:00PM

Pemandangan dari puncak Gunung Kinabalu. Gambar: Ling Tang, Unsplash

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tenom

Sungai Padas, Tenom. Gambar: Instagram @riverbugasia
Sungai Padas, Tenom. Gambar: Instagram @riverbugasia

Sebut sahaja Tenom, Sabah, pasti ia akan mengingatkan anda kepada kopi Tenom. Ya, di daerah inilah kopi Tenom dihasilkan oleh beberapa pengusaha kopi dan disebabkan permintaan yang cukup tinggi dari dalam dan luar negara, pihak kerajaan negeri terpaksa campur tangan bagi menangani isu kekurangan penawaran kopi Tenom. 

Selain kilang kopi sebagai tarikan, daerah ini juga adalah penempatan buat kaum Murut dan anda boleh mempelajari sejarah, budaya dan cara hidup kaum Murut jika anda melawat Murut Cultural Center.

Tahukah anda bahawa Tenom juga adalah antara tempat untuk aktiviti whitewater rafting yang terbaik di Asia Tenggara? Ya, aktiviti whitewater rafting di Padas River menjadi tarikan ramai pelancong. 

Anda juga perlu merasai pengalaman menaiki keretapi zaman kolonial British yang masih terdapat di Tenom. Perjalanan dari Tenom ke Beaufort akan memberi suatu pengalaman yang hebat kerana anda akan berpeluang melihat keindahan Sungai Padas, sawah padi, hutan, ladang getah dan kampung-kampung. 

 

Tambunan

Air Terjun Mahua, Tambunan. Gambar: Instagram @zulqournainjalie
Air Terjun Mahua, Tambunan. Gambar: Instagram @zulqournainjalie

Beriklim sederhana sejuk, daerah Tambunan yang terletak kira-kira 15 kilometer daripada bandaraya Kota Kinabalu memiliki landskap yang cukup mempesonakan apabila ia dilatari dengan lembah yang dipenuhi dengan sawah padi. Tidak hairanlah mengapa ia dikenali sebagai Switzerland of the East. 

Banyak tempat-tempat menarik yang boleh dilawati. Antaranya ialah Kipandi Butterfly Farm, Mahua Waterfall, Pusat Pelancongan Rafflesia, Batu Gong, Sinurambi Tambunan (Menara Tinjau Tambunan) serta Gunung Trus Madi yang juga adalah gunung kedua tertinggi di Malaysia selepas Kinabalu. 

Tambunan memiliki 77 buah perkampungan yang didiami etnik Dusun dan setiap kampung memiliki pelbagai kisah legenda mereka sendiri.

Di Kampung Timbou yang terletak jauh di pedalaman misalnya, terdapat sebuah batu yang berbentuk wanita hamil yang dinamakan Watu Monontian. Menurut cerita orang kampung, wanita hamil itu disumpah menjadi batu kerana mempermain-mainkan binatang. 

Di kampung Tibabar yang terletak di tengah sawah padi, di sinilah Memorial Mat Salleh dibina. Mat Salleh adalah pejuang Sabah yang amat dikagumi kerana telah berjuang dengan penuh semangat dan keberanian untuk menentang penjajahan British. 

 

Tuaran

Pagoda Ling San di Tuaran. Gambar: Instagram @kakitravelfoto
Pagoda Ling San di Tuaran. Gambar: Instagram @kakitravelfoto

Jika anda dalam perjalanan ke Kota Belud, Ranau atau Kudat, anda bolehlah singgah ke Tuaran, Sabah. 

Ada beberapa tarikan yang terdapat di daerah ini termasuklah Tuaran Crocodile Farm, Rumah Terbalik, Pagoda Ling San, Chanteek Borneo Indigenous Museum, Sabandar Cowboy Town, Linangkat Cultural Village dan Jambatan Gantung Tamparuli. 

Chanteek Borneo Indigenous Museum yang memiliki pelbagai koleksi patung mini Barbie dengan pakaian tradisi Malaysia, manakala Sabandar Cown Boy Town pula adalah sebuah mini taman tema untuk aktiviti menunggang kuda. 

Bukit Nuluh Lapai, Tuaran. Gambar: Instagram @candzcanders
Bukit Nuluh Lapai, Tuaran. Gambar: Instagram @candzcanders

Linangkat Cultural Village yang terletak di Kampung Selupuh Tuaran wajib dilawati kerana di sinilah anda dapat melihat dan mempelajari budaya dan cara hidup masyarakat Lotud menerusi demonstrasi membuat kraftangan, membuat makanan tradisional, membuat jala ikan secara tradisional dan bermacam lagi. 

Apa yang lebih menarik di Tuaran juga, letaknya Jambatan Gantung Tamparuli yang mula terkenal dan menjadi perhatian selepas penyanyi Sabah, Justin Lusah mencipta dan menyanyikan lagu ‘Jambatan Tamparuli’. 

 

Kota Belud

Gunung Kinabalu dari Lasau Podi, Kota Belud. Gambar: Instagram @affendysuwito
Gunung Kinabalu dari Lasau Podi, Kota Belud. Gambar: Instagram @affendysuwito

Jika anda ke Kundasang atau Ranau, anda pasti akan melintasi Kota Belud yang menjadi penempatan bagi masyarakat Bajau-Sama, Dusun dan Ilanun. Daerah ini mungkin tidak begitu popular jika dibandingkan dengan Ranau, tetapi ia mempunyai tarikannya sendiri dan digelar 'the Cowboys of the East'.

Nama ini diberikan kerana kebanyakan orang Bajau-Sama memang terkenal dengan kemahiran mereka menunggang kuda dan membiak kuda-kuda untuk perlumbaan.

Pada setiap tahun, dalam acara Festival Tamu Besar, anda akan dapat menyaksikan perarakan kira-kira 100 orang Bajau-Sama menunggang kuda sambil mengenakan pakaian tradisional mereka yang berwarna-warni. 

Pulau Mantanani. Gambar: Instagram @louispungphotography
Pulau Mantanani. Gambar: Instagram @louispungphotography

Namun, bukan itu sahaja tarikan yang ada di Kota Belud. Anda juga boleh hiking di Bukit Bongol, Gunung Nopungguk dan Gunung Nungkok untuk melihat keindahan Gunung Kinabalu yang terletak tidak jauh dari Kota Belud. 

Tidak ramai juga yang tahu bahawa Kota Belud memiliki pantai yang dinamakan Usukan Beach. Di sinilah anda dapat melihat sawah padi yang terbentang luas dilatari dengan Gunung Kinabalu.

Usukan Beach terletak bersebelahan dengan Kuala Abai yang memiliki jeti untuk membawa anda ke Pulau Mantanani. 

 

Kudat

Simpang Mengayau, Kudat. Gambar: Instagram @the.ark.team
Simpang Mengayau, Kudat. Gambar: Instagram @the.ark.team

Selepas Kota Belud, anda boleh meneruskan perjalanan ke Kudat yang menjadi penempatan untuk masyarakat Rungus yang juga subetnik daripada kaum kumpulan  terbesar Kadazan-Rungus. Malah, di daerah inilah kaum Hakka Cina mula bermaustatin sejak tahun 1880-an. 

Terletak di kawasan persisiran pantai, Kudat memiliki banyak pantai yang cantik dan makanan laut yang segar. Inilah faktor utama industri pelancongan berkembang dengan pesat di Kudat. 

Antara pantai yang terkenal di Kudat adalah Bak Bak, Pasir Putih, Kalampunian dan Torungkungan serta Tanjung Simpang Mengayau yang turut dikenali sebagai the Tip of Borneo disebabkan kedudukannya di bahagian paling utara di pulau Borneo.

The Tip of Borneo. Gambar: Nicole U, Unsplash
The Tip of Borneo. Gambar: Nicole U, Unsplash

Ia juga merupakan titik pertemuan Laut China Selatan dan Laut Sulu. Setiap tahun (sebelum wujudnya pandemik), acara Sunset Music Festival akan dianjurkan di Tanjung Simpang Mengayau sebagai suatu tarikan pelancong. 

Sebelum sampai ke the Tip of Borneo, anda akan melalui beberapa perkampungan terlebih dahulu.

Kampung Gombizou dikenali dengan penghasilan madu lebah, Kampung Sumangkap terkenal dengan pembuatan gong yang menjadi instrumen penting etnik Rungus, manakala Kampung Bavanggazo pula letaknya rumah panjang tradisional etnik Rungus yang berusia berpuluh tahun. - Getaran, 12 September 2021


Semua gambar: Twitter Sabah Tourism Board

Isu Pada

Tony Eusoff Dan Zizi Kirana Terus Mara Ke Hadapan

11 Sep 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Keluarga Pelajar Sabah Di Asia Barat Diminta Bertenang

2

Semasa 3 hari yang lalu

Sambutan Aidilfitri MADANI Peringkat Kebangsaan Di Kota Kinabalu Sabtu Ini

3

Sukan 6 hari yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Polis Tahan Suami Isteri Disyaki Dera 2 Kanak-Kanak Lelaki

Sorotan

1

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

2

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

3

Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

4

32 Keluarga Dipindahkan Selepas Banjir Lahar Sejuk Landa Jawa Timur, Indonesia

5

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai Dijangka Beroperasi Semula Dalam Tempoh 24 Jam

6

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Calon Atas Nama Kerajaan Perpaduan, Bukan Parti - Zamry