Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


5 Makanan Istimewa Dan Unik Dari Sarawak, Bumi Kenyalang

Sempena Hari Malaysia yang bakal tiba kami raikan beberapa juadah menarik dari Malaysia Timur. Buat yang belum tahu, jom kenali lima jenis makanan popular di Sarawak.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Sep 2021 1:14PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sarawak terkenal sebagai sebuah negeri yang mempunyai penduduk dari pelbagai kaum dan agama. Tidak menghairankan jika Sarawak juga mempunyai pelbagai jenis makanan yang unik. Pengaruh geografi dan lapisan masyarakat yang berbilang kaum, menyumbangkan kepada kepelbagaian pilihan makanan yang ada di negeri ini. 

Secara umumnya, makanan ruji di Sarawak berasaskan beras. Namun, tradisi, budaya dan gaya hidup setiap kaum telah memberi unsur yang unik bagi makanan-makanan di Bumi Kenyalang. 

 

Mi Kolok

Gambar: Tripadvisor
Gambar: Tripadvisor

Juadah berasaskan mi kering ini sangat mudah didapati di merata bumi Kenyalang. Ada versi yang halal dan tidak halal untuk menepati cita rasa ramai. Selain daripada versi yang halal dan tidak halal, mi kolok ialah sajian yang dihidangkan pada bila-bila masa.  

Hidangan ini mengandungi mi yang dicelur terdahulu dan dihiasi hirisan daging atau ayam bersama sayur-sayuran. Ia dihidangkan dengan sup dan kicap pedas secara berasingan untuk menambah selera. 

Rasa mi kolok ini berbeza kerana mi ini halus, lembut dan kenyal. Salah satu kedai yang popular ialah Mee Kolok Haji Saleh dan semakin popular bila disebut di dalam salah satu ucapan, bekas Perdana Menteri ke-8 Malaysia. 

 

Laksa Sarawak   

Sarawak pun ada laksanya yang mungkin tidak ramai tahu. Dihidangkan menggunakan bihun dan dilengkapi dengan hirisan ayam, hirisan telur dadar, udang dan sayur tauge.

Kuah laksa Sarawak agak berbeza kerana menggunakan pes tersendiri yang dimasak menggunakan santan yang pekat dengan air rebusan udang.

Rupa kuah laksa ini seperti mi kari tetapi campuran pekat santan dan air rebusan udang membuatkan rasa kuah ini unik dan cukup enak. Tidak hairanlah cef terkenal antarabangsa, mendiang Anthony Bourdain menobatkan ia sebagai 'breakfast of the gods'.

Kebiasaannya, laksa Sarawak dihidangkan sebagai sarapan pagi dan dimakan bersama sambal belacan dan perahan limau. Sesetengah tempat memberi pilihan untuk menikmati laksa Sarawak bersama udang galah, siput buluh (ambal) dan kerang.

 

Manok Pansoh

Gambar Fail
Gambar Fail

'Manok' bermaksud ayam dalam bahasa Melayu Sarawak dan bahasa Iban. 'Pansoh' ialah cara ia dimasak iaitu menggunakan buluh. Juadah istimewa ini dahulu kalanya dimasak dan dihidangkan oleh kaum Iban sewaktu perayaan.

Namun, disebabkan ia diminati ramai, popularitinya menjadikan masakan ini dapat dinikmati di sesetengah restoran atau kafe di Sarawak. 

Hidangan ini dimasak menggunakan buluh seperti memasak lemang. Ayam akan dicampur terdahulu bersama bahan-bahan seperti bawang merah, bawang putih, bunga kantan, halia,serai, pucuk ubi, garam dan perisa secukup rasa bersama sedikit air.

Ayam yang telah digaul ini kemudiannya akan dimasukkan ke dalam buluh yang akan dibakar. Aroma masakan di dalam buluh ini membuatkan hidangan ini berbau harum dan enak dimakan bersama nasi yang masih panas.

 

Umai

Umai merupakan makanan tradisi bagi kaum Melanau, yang juga etnik yang dikenali di Sarawak. Asalnya, umai ialah makanan pengalas perut bagi nelayan yang ke laut untuk menangkap ikan. Sekarang ini, umai boleh didapati dengan mudah di mana sahaja di Sarawak dan dinikmati oleh pelbagai kaum.

Bahan asas untuk menyediakan umai ialah hirisan halus ikan yang segar dan baru ditangkap, digaul bersama perahan limau, garam, bawang besar dan cili. Ianya tidak dimasak jadi, boleh dikatakan umai ialah sushi versi Sarawak. Kebiasaannya umai dibuat menggunakan ikan empirang atau ikan laut sahaja. 

 

Mi Belacan

Keistimewaan pada mi belacan ini ialah pada kuahnya. Kuahnya diperbuat dari petis otak udang, yang dicampur dengan gula apong (air manisan yang diperbuat daripada air nira pokok nipah), sedikit belacan dan tepung jagung.

Kuahnya agak pekat dan kebiasaannya mi belacan menggunakan bihun. Selalunya ia dihidangkan bersama telur padi, sotong kembang, hirisan timun serta taugeh mentah. Sambal cili akan dihidangkan bersama bagi sesiapa yang ingin mi belacan yang lebih pedas. - Getaran, 11 September 2021

Semua gambar: Dee Morison, kecuali tertera

Isu Pada

Tony Eusoff Dan Zizi Kirana Terus Mara Ke Hadapan

11 Sep 2021

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi