Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Francais Filem Di Malaysia

Bukan filem Hollywood sahaja yang ada francais. Filem-filem Malaysia juga ada francais yang hebat merentas zaman.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Feb 2021 8:50AM

Gambar: IMBD.com

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Filem francais adalah cerita bergambar bersiri yang di dalamnya terdapat karakter yang sama dari sebuah filem ke filem. Filem francais (franchise) atau di Malaysia terkenal dengan panggilan sekuel/prekuel dan ia turut dipanggil waralaba filem  di Indonesia memiliki beberapa ciri seperti berikut: memiliki dua atau tiga filem yang sangat signifikan dari segi kesinambungan cerita, mampu menghasilkan kutipan kasar yang tinggi ketika ditayangkan di pawagam dan menampilkan bintang-bintang besar dan kos pembikinan yang tinggi.

Di Hollywood terlalu banyak filem francais namun antara yang paling popular adalah Star Wars Trilogy and Prequels, Harry Potter, James Bond, The Batman, Shrek, Spider-Man, Pirates of The Caribbean, The Lord of the Rings Trilogy, Star Trek dan Indiana Jones (sekadar penyebut beberapa tajuk) telah meninggalkan dampak yang besar buat industri perfileman di sana. Malaysia juga tidak kurang hebatnya. Kami senaraikan beberapa nama pengarah filem yang berjaya dengan filem francais di bawah arahan mereka.  Lima pengarah tempatan ini pernah mengarahkan filem francais pada beberapa era yang berbeza.

Tan Sri P.Ramlee satu nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Beliau telah menggunakan tajuk Bujang Lapok sebagai francaisnya pertama beliau. Bermula dengan filem Bujang Lapok pada tahun 1957, Pendekar Bujang Lapok (1959) dan dua buah filem yang lain pada tahun 1961 Seniman Bujang Lapok dan Ali Baba Bujang Lapok. Melalui jenama Bujang Lapok ini juga beliau menerima Trofi anugerah Filem Komedi Terbaik untuk filem Pendekar Bujang Lapok di Pesta Filem Asia ke-6 di Kuala Lumpur pada tahun 1959.  Kreativitinya tidak terhenti di situ. Beliau meneruskan filem francais dengan mengarahkan filem Labu Labi pada tahun 1962 dan empat tahun kemudian dengan Nasib Si Labu-Labi (1966). Pada tahun yang sama juga filem Do Re Mi dihasilkan, diikuti dengan Nasib Do Re Mi dan filem terakhir,  Laksamana Do Re Mi yang dihasilkan pada tahun 1972 melengkapkan trilogi filem ini.

Tan Sri Jins Shamsudin tidak kurang hebatnya, beliau pernah menghasilkan filem francais yang menggunakan judul Esok. Menanti Hari Esok yang diarahkan pada tahun 1977 menampilkan beliau sebagai pelakon utama dan seniwati Noorkumalasari. Diikuti dengan filem Esok Masih Ada dan Tiada Esok Bagimu yang diarahkan pada tahun 1979. Filem Tiada Esok Bagimu telah dinobatkan sebagai Filem Terbaik pada Festival Filem Malaysia (FFM) yang pertama. Melalui filem yang sama, Tan Sri Jins telah memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik.  Azean Irdawaty memenangi kategori Pelakon Wanita Terbaik untuk filem Esok Masih Ada pada acara yang sama. Melengkapkan legasi Esok, pada tahun 1982 beliau mengarahkan filem Esok Untuk Siapa.

Tangkapan layar laman MUBI.com
Tangkapan layar laman MUBI.com

Datuk Yusof Haslam juga tidak ketinggalan pernah menghasilkan francais yang tersendiri. Paling popular adalah filem Sembilu dan Sembilu 2 yang membawa gelaran Six Million Dollar Man buat pengarah yang kini mencecah usia 66 tahun ini. Filem ini juga yang melonjakkan nama Awie, Erra Fazira dan Ziana Zain sebagai pelakon filem yang popular pada tahun 1990-an. Pada tahun 2005 filem Sembilu 2005 adalah filem terakhir arahan beliau yang menggunakan tajuk yang sama. Beliau juga pernah menghasilkan filem Maria Mariana dan Maria Marina 2 pada tahun 1996 dan 1998. Sedikit trivia-- beliau pernah muncul sebagai cameo pada filem francais P. Ramlee berjudul Laksamana Do Re Mi dengan membawakan watak Pengawal Menteri Fasola.

Datuk Afdlin Shauki adalah antara pengarah yang muncul pada era 2000-an dengan mengarahkan dan menerbitkan filem francais. Menggunakan judul Papadom, filem yang dihasilkan pada tahun 2009 ini diterbitkan oleh Tayangan Unggul Sdn Bhd. Filem ini telah mencipta fenomena tersendiri apabila mendapat 10 percalonan pada Festival Filem Malaysia (FFM22). Antara kategori yang dimenangi adalah Filem Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Cerita Asal Terbaik dan Skor Muzik Terbaik. Menariknya, francais ini juga telah diterbitkan dalam Bahasa Tamil dengan menggunakan judul Appalam (2011) dan diarahkan sendiri oleh Afdlin Shauki. Appalam pernah sejarah tersendiri apabila memenangi Filem Terbaik dan Pelakon Wanita Terbaik (Raja Ilya) pada Festival Filem Tamil yang diadakan di Chennai, India pada tahun 2011. Terakhir filem Papadom 2 dihasilkan oleh Datuk Afdlin pada tahun 2013 yang menampilkan pelakon yang sama- Liyana Jasmay, Vanidah Imran, Scha AlYahya dan Afdlin Shauki sendiri.

Pengarah muda berbakat besar Syamsul Yusof tidak ketinggalkan dalam menghasilkan filem-filem francais. Mengikuti jejak langkah ayahnya Datuk Yusof Haslam, dia mempunyai deretan filem francais yang mendapat kutipan pecah panggung. Bermula dengan Evolusi KL Drift pada tahun 2008 yang membawanya ke kerusi pengarah pada usia muda dan mendapat Anugerah Khas Juri pada FFM21. Mengukuhkan namanya sebagai pengarah,  Syamsul Yusof menghasilkan filem Evolusi KL Drift 2 pada tahun 2010. Menerusi filem ini, beliau memenangi anugerah Pengarah Terbaik FFM23. KL Gangster dan KL Gangster 2 turut menjadi francais yang popular, apatah lagi dengan adiknya Syafiq Yusof menggunakan watak Abang Long Fadil lakonan Zizan Razak sebagai watak utama filem francaisnya-- Abang Long Fadil 1 dan Abang Long Fadil 2. Tidak cukup dengan itu, Syamsul kembali dengan sebuah filem seram berjudul Munafik yang turut mencatat sejarah tersendiri apabila dia dinobatkan sebagai Pengarah Terbaik di FFM29, Anugerah Skrin 2016 dan Festival Filem Asia Pasifik ke-57. Bertitik tolak dari itu, francais seterusnya dihasilkan filem Munafik 2 yang berjaya mengutip sebanyak RM40 juta (kutipan filem tempatan yang tertinggi di Malaysia setakat ini).

Mohamad bin Mohamad Khalid atau lebih kenali sebagai Mamat Khalid pernah memenangi  anugerah Pengarah Terbaik sebanyak tiga kali. Beliau juga antara pengarah yang  mempunyai filem francaisnya tersendiri. Bermula dengan filem Rock yang diarahkan pada tahun 2005, dikuti dengan Rock Ooo! Rimba Bara (2013) Rock Bro (2016) dan Rock 4 (2020). Namun, yang lebih 'menjadi' adalah francais Kampung Pisang. Ia antara rangkaian filem paling pecah panggung yang pernah dihasilkan. Bermula dengan Zombi Kampung Pisang, Hantu Kak Limah Balik Rumah, Husin,Mon Dan Jin Pakai Toncit dan Hantu Kak Limah.  Beliau juga mengarahkan 'Kampung Pisang Bersiri' yang sedang rancak ditayangkan di Astro Citra setiap hari Isnin dan boleh ditonton di Astro Go dan On Demand.

Astro Shaw adalah antara penerbit filem yang rancak membuat filem francais. Terdahulu mereka pernah mengeluarkan filem francais  KL Menjerit (2002), prekuel filem KL Menjerit 1(2005) dan pernah menjadikan jenama ini sebagai drama bersiri yang diterbitkan pada tahun 2010. Kini mereka sedang mempersiapkan dua buah filem francais popular yang dinantikan oleh peminat filem tempatan Polis Evo 3 dan Abang Long Fadil 3. Sama-sama kita nantikan apakah kesudahan kisah di sebalik kedua-dua filem francais terbesar ini.- Getaran, 21 Februari 2021

Sumber: kompasiana & Finas

Isu Pada

Nabila Razali

20 Feb 2021

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 2 hari yang lalu

Selepas Papar Sisi Gelap PDRM, Netizen Mahu Syafiq Buat Filem SPRM, JPJ 

2

Filem & TV 6 hari yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

3

Filem & TV 1 minggu yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

4

Sukan 1 minggu yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

Sorotan

1

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

2

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

3

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

4

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

5

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

6

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

7

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu