web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


MonoloQue Dan No-To-Scale Keluarkan NFT 'Chinta Versi Biola'

NFT sebenarnya masih baru dalam industri muzik tempatan. Tetapi MonoloQue bersama No-to-scale telah berjaya mengorak langkah membuka lembaran baru dalam pasaran ini.

TARA Dikemaskini 4 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 22 Aug 2021 3:48PM

Gambar: Instagram @notoscale

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

"MonoloQue percaya bahawa NFT adalah masa depan industri," tulis MonoloQue di akaun rasmi Instagram mereka, monoloquerasmi.

Pada 13 Ogos yang lalu, MonoloQue dengan kerjasama No-to-scale, melancarkan kolaborasi NFT (Non-Fungible Token) kedua mereka iaitu lagu 'Chinta versi Biola'.

NFT kali ini berbentuk audio dan visual sepanjang 33 saat dan sebesar 1836x1002px. Audio dan animasi dikemaskan oleh MonoloQue, manakala karya seni dihasilkan oleh No-to-scale.

Buat yang belum mengenali, No-to-scale menyifatkan diri mereka sebagai platform penyelidikan reka bentuk yang bertindak balas terhadap isu-isu semasa melalui reka bentuk.

Hasil kerja mereka yang dizahirkan dalam bentuk elektronik mahupun cetak juga boleh disifatkan sebagai reaksi sosiopolitik terhadap pelbagai isu sekeliling.

Kolaborasi ini membuka pintu yang baru dalam industri kreatif tanah air selain daripada mewujudkan medium alternatif untuk membantu mengembangkan karya penggiat seni, baik dalam seni visual mahupun audio.

Kolaborasi Monoloque dan No-to-scale juga adalah percubaan mereka untuk menyampaikan karya NFT kepada audiens yang lebih luas.

Non-Fungible Token atau NFT memungkinkan suatu koleksi yang langka dan unik dimiliki dengan menyimpan sebuah fail asli di blok rantai (blockchain). Jaringan blok rantai ini boleh diakses dari mana-mana komputer.

Hal yang menarik mengenai NFT adalah ia aset kripto unik yang tidak boleh ditukarkan dengan aset yang lainnya.

Pasaran Non-Fungible Token ini bermula dengan karya seni digital dan ‘digital signature’ sebelum meluas kepada karya seni fizikal, muzik dan pemilikan harta. 

NFT boleh dijadikan sebagai koleksi untuk dimiliki secara peribadi. Ia juga boleh dijual semula dan pada masa yang sama pemilik asal karya turut akan mendapat pecahan daripada hasil jualan tersebut. 

‘’Loque tahu pasal NFT ni bila baca tentangnya awal tahun ini. Bermula dengan fine art artist jual karya mereka, di mana mereka boleh generate income,  maksudnya dari segi business of art,” jawab Loque ketika dihubungi.

“Bukannya nak cakap art untuk kemewahan tapi ia lebih kepada berubah mencuba platform yang baru.”

“NFT ni macam dunia yang baru. Satu platform atau satu pentas yang perlu diterokai walaupun masih ramai yang skeptikal dan tak tahu tentangnya.

“Saya seperti biasa, kalau benda-benda teknologi yang memberi faedah, saya akan cuba untuk look into it.”

Ditanya mengenai sejauh mana Loque percaya kepada NFT untuk industri seni, Loque berkata bahawa, “Seni apa saja untuk apa saja.”

“Ia tak semestinya untuk digital art saja. Apa yang Loque faham adalah ia boleh jadi pembolehubah, ia boleh jadi entiti apa saja yang kita nak,” tambahnya.

Menurutnya, pemahaman dan konsep terhadap NFT perlu ditekuni lebih teliti terlebih dahulu kerana ia adalah sesuatu yang baharu.

Mengenai 'Chinta versi Biola' edisi NFT, Loque mengatakan kolaborasi bersama No-to-scale memudahkan dan mempercepatkan lagi pendekatan MonoloQue mengeluarkan karya berbentuk NFT.

Jelas Loque, kolaborasi pertama mereka, ‘Urusan Seri Paduka Baginda’ mendapat respons yang baik dan jumlah bidaan yang memberangsangkan. Sebab itulah dia merasakan ‘Chinta versi Biola’ ini juga perlu dikeluarkan dalam bentuk NFT. 

“Mengenai penerimaan, sebenarnya ramai yang tak tahu lagi, cuma untuk orang-orang yang sememangnya mengetahui hal-hal digital, membaca benda-benda macam NFT ni mereka tahulah.

“Macam bidaan yang lepas, peminat Butterfingers yang dapat, dia cakap seolah dapat ‘complete circle’ sebab kalau dulu susah nak kumpul koleksi Butterfingers tapi sekarang dia boleh simpan koleksi menerusi NFT,” cerita Loque.

Tepat pada jam 7.58 malam 13 Ogos yang lalu, bidaan untuk karya seni No-to-scale yang disulami lagu 'Chinta versi Biola' telah pun dibuka di laman Foundation.

Pada 15 Ogos, pengguna Twitter @gfga_kekekeri diumumkan sebagai pembida tertinggi. Untuk itu, dia 'membawa pulang' karya ini dalam bentuk NFT dan juga beberapa barangan rasmi MonoloQue. - Getaran, 22 Ogos 2021

Isu Pada

Kisah Dongeng Nyata Che Puan Juliana Evans

21 Aug 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini