web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Terengganu FC Berpesta Gol, Belasah Perak FC 5-0

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jul 2021 7:52AM

Pemain Terengganu FC meraikan kemenangan selepas tamat perlawanan. - Gambar dari Facebook TFC

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Terengganu FC berpesta gol malam tadi dengan membenam Perak FC, 5-0 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, dalam aksi Liga Malaysia yang bersambung semula selepas berehat lebih dua bulan.

Kemenangan itu sekali gus membantu skuad Penyu, yang berada di tempat kedua Liga Super selepas 14 perlawanan, berkongsi kutipan 30 mata dengan pendahulu carta Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) yang mempunyai kelebihan jaringan dan kurang satu perlawanan berbanding TFC.

Pada aksi malam tadi, skuad kendalian Mohd Nafuzi Zain membuka jaringan menerusi Faisal Abdul Halim pada minit ke-19, diikuti jaringan penalti pemain import dari Brazil David Da Silva lima minit kemudian dan jaringan sendiri Charles Machell pada minit ke-42.

Bersambung babak kedua, Mohamad Hakimi Abdullah menambah derita buat skuad Bos Gaurus menerusi jaringan pada minit ke-71, sebelum pemain muda Nik Akif Syahiran Nik Mat menambah kenduri gol dengan melengkapkan penalti pada masa kecederaan.

Derbi Lembah Klang antara Kuala Lumpur City FC dan Selangor FC di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras berkesudahan dengan keputusan terikat 1-1.

Kuala Lumpur terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Paulo Josue pada minit ke-40, namun skuad Gergasi Merah berjaya menyamakan kedudukan hanya dalam tiga minit menerusi jaringan Oliver Buff.

Sementara itu, jaringan minit-minit terakhir Sunil Chandran (90’) membantu Petaling Jaya (PJ) City FC mencatatkan kemenangan tipis 1-0 ke atas Sabah FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Perlawanan antara Kedah Darul Aman (KDA) FC dan Penang FC pada pukul 9 malam ini di Stadium Darul Aman, Alor Setar terpaksa ditunda apabila dua pemain pasukan tuan rumah disahkan positif COVID-19.

Negeri Sembilan gagal memanfaatkan peluang beraksi di laman sendiri untuk merampas kedudukan teratas Liga Premier apabila sekadar terikat tanpa jaringan menentang Selangor FC 2 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Sarawak United kekal di persada liga dengan 24 mata selepas 11 perlawanan setakat ini, manakala Negeri Sembilan yang telah beraksi dalam 12 perlawanan, menghuni tempat kedua dengan 23 mata.

Terdahulu, aksi petang tadi menyaksikan Kelantan FC hampir dimalukan oleh skuad Projek FAM-MSN, sebelum bangkit mencatatkan kemenangan tipis 2-1 di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.

Pasukan pelawat terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Azhad Harraz Arman pada minit ke-54 dengan harapan meraih kemenangan pertama, namun jaringan pemain import dari Greek Christos Intzidis pada minit ke-54 dan Ismail Ibrahim pada minit ke-90 menafikan impian itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Liga Super: KL City Belasah Skuad Muda Kedah 5-0

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Liga Super: JDT Berpesta Gol Tewaskan Penang FC 5-0

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Walaupun Tak Beraksi, Faisal Halim Peroleh Semangat Baharu

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Selangor Jinakkan Penang 4-1, Rampas Kedudukan Kedua Liga Super

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Politik 4 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad