web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Olimpik: Permulaan Sukar Buat Mei Kuan-Meng Yean

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jul 2021 12:00PM

Lee Meng Yean (kiri) dan Chow Mei Kuan tewas kepada pasangan Indonesia, Greysia Polii serta Apriyani Rahayu pada perlawanan pembukaan Kumpulan A di Musashino Forest Sport Plaza, Tokyo. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TOKYO - Pasangan badminton beregu wanita negara Chow Mei Kuan-Meng Yean memulakan kempen Olimpik Tokyo mereka dengan laluan sukar, apabila tewas pada perlawanan pembukaan Kumpulan A mereka, menentang Greysia Polii-Apriyani Rahayu dari Indonesia hari ini.

Pasangan Indonesia itu hanya memerlukan 45 minit, untuk menewaskan pasangan Mei Kuan-Meng Yean 21-14, 21-17 di Musashino Forest Sport Plaza, Tokyo.

Kedua-dua pasangan bermula dengan baik dan saling bersaingan mata demi mata, sebelum waktu rehat pada set pertama, sebelum Greysia-Apriayani mendahului pada kedudukan 11-10, yang memperlihatkan Mei Kuan-Meng Yean mula hilang momentum selepas permainan bersambung, dengan pasangan Indonesia itu menang set pertama, 21-14.

Pada set kedua, Mei Kuan-Meng Yean menunjukkan semangat melawan yang baik terhadap Greysia-Apriyani dengan berjaya menyamakan kedudukan 13-13, sebelum pasangan Indonesia itu mendahului semula sehingga 20-15 dan menamatkan set kedua dengan kemenangan 21-17.

Kemenangan hari ini menyaksikan pasangan Greysia-Apriayani menjarakkan lagi rekod kemenangan mereka selepas lima pertemuan kepada tiga kemenangan, manakala pasangan Malaysia menang dua.

Pilihan utama Olimpik Yuki Fukushima-Sayaka Hirota dari Jepun, akan bertemu pasangan Great Britain Chloe Birch-Lauren Smith dalam satu lagi perlawanan Kumpulan A, hari ini.

Laluan berliku akan dihadapi Mei Kuan-Meng Yean, kerana mereka akan bertemu Yuki-Sayaka dalam perlawanan mesti menang untuk pasangan Malaysia itu esok, manakala Greysia-Apriyani akan bertemu Chloe-Lauren.

Selain Mei Kuan-Meng Yean, dua lagi wakil Malaysia akan beraksi hari ini, di mana pasangan beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik akan bertemu pasangan Korea Choi Solgyu-Seo Seungjae dalam perlawanan Kumpulan D Beregu Lelaki.

Pemenang pingat perak Olimpik Rio Chan Peng Soon-Goh Liu Ying akan memulakan kempen Olimpik Tokyo mereka dengan bertemu pasangan dari Hong Kong Tang Chun Man-Ying Suet, bagi perlawanan  Kumpulan D Beregu Campuran. - Bernama

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 16 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 23 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Politik 21 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad