web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Olimpik: Kontinjen Negara Selamat Tiba Di Tokyo

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jul 2021 1:54PM

Skuad badminton mendaftar masuk di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk ke Temasya Sukan Olimpik 2020 Tokyo. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kumpulan terbesar kontinjen negara ke Sukan Olimpik Tokyo tidak menghadapi sebarang masalah dalam urusan pendaftaran masuk ke Perkampungan Olimpik di Tokyo selepas selamat tiba di negara matahari terbit itu, semalam.

Lebih menggembirakan, Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia Datuk Mohd Nazifuddin Najib berkata ujian saringan COVID-19 ke atas kesemua 40 individu termasuk 18 atlet yang dilakukan sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita turut disahkan negatif.

“Alhamdulillah semua selamat sampai di Perkampungan Olimpik. Ujian saringan menggunakan air liur juga keluar (keputusan) negatif dan kontinjen Malaysia di sini mula menyesuaikan diri dengan kemudahan yang ada.

“Cuma kita masih dalam kumpulan B yang mana pengawasan COVID-19 ada terdapat tambahan SOP (prosedur operasi standard). Contohnya tempat makan berlainan dan penjagaan jarak jauh dengan pasukan kontinjen negara lain,” katanya kepada Bernama hari ini.

Pada masa sama, Mohd Nazifuddin berkata kesemua atlet negara dan pegawai di Tokyo yang kini sedang menjalani tempoh isolasi selama tiga hari, perlu terus menjalani ujian saringan COVID-19 sepanjang temasya itu berlangsung bermula 23 Julai hingga 8 Ogos ini.

Sabtu lepas, seramai 40 individu termasuk 18 atlet terdiri daripada sukan renang, terjun, badminton, gimnastik dan memanah berlepas ke Tokyo dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk mengharungi cabaran di temasya sukan terbesar dunia itu.

Ia sekali gus menjadi kumpulan terbesar kontinjen negara selepas empat atlet pelayaran yang diiringi tiga pegawai bertolak ke Tokyo pada 8 Julai dengan kumpulan ketiga terdiri daripada sukan berbasikal trek, olahraga dan golf dijangka berlepas pada 25 Julai ini.

Sementara itu, Mohd Nazifuddin yang ditugaskan untuk menguruskan kontinjen negara di Tokyo, pagi ini menghadiri mesyuarat bersama barisan chef de mission Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan negara peserta dan Jawatankuasa Penganjur Tokyo 2020. - Bernama

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Politik 20 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 20 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad