web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Federer Jadi Pemain Tertua Layak Ke Suku Akhir Wimbledon

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jul 2021 9:18AM

Federer melambai ke arah penonton selepas menang perlawanan suku akhirnya. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LONDON - Roger Federer menjadi lelaki tertua berjaya layak ke pusingan suku akhir Wimbledon sejak mula era ‘Kejohanan Terbuka’ pada 1968.

Federer, yang akan genap berusia 40 tahun dalam kurang dari lima minggu lagi, tidak berdepan masalah besar untuk mengetepikan Lorenzo Sonego 7-5, 6-4, 6-2 untuk layak ke suku akhir di Kelab All England buat kali ke-18.

“Saya dapat mengawal permainan di set pertama. Saya sangat teruja untuk layak ke pusingan suku akhir,” katanya.

Bermula dari tahun depan, perlawanan akan diadakan pada hari Ahad di pertengahan kejohanan yang secara tradisinya adalah hari rehat buat para pemain.

“Saya gembira dapat bermain dalam era di mana para pemain dapat berehat di hari Ahad di pertengahan kejohanan, tapi ini bermakna lebih ramai orang boleh hadir ke stadium.

“Ini sesuatu yang istimewa dan saya sangat menyenangi perkara ini,” tambah jaguh dari Switzerland itu.

Dalam penampilan ke-58nya di pentas suku akhir Grand Slam, juara Wimbledon lapan kali Federer akan berdepan dengan sama ada Daniil Medvedev ataupun Hubert Hurkacz untuk slot ke separuh akhir.

Medvedev sedang mendahului Hurkacz 6-2, 6-7 (2-7), 6-3, 3-4 bila perlawanan itu ditangguhkan kerana hujan.

“Ini situasi yang tidak adil buat sesiapapun. Saya pernah melaluinya tetapi mereka masih muda dan boleh cergas semula dengan pantas.

“Malangnya mereka juga pemain yang hebat, jadi harap-harapnya cuaca akan hujan lagi esok,” kata Federer berseloroh. - AFP

Keputusan lain:

Novak Djokovic mengalahkan Christian Garin 6-2, 6-4, 6-2

Marton Fucsovics mengalahkan Andrey Rublev 6-3, 4-6, 4-6, 6-0, 6-3

Karen Khachanov mengalahkan Sebastian Korda 3-6, 6-4, 6-3, 5-7, 10-8

Denis Shapovalov mengalahkan Roberto Bautista Agut 6-1, 6-3, 7-5

Matteo Berrettini mengalahkan Ilya Ivashka 6-4, 6-3, 6-1

Felix Auger-Aliassime mengalahkan Alexander Zverev 6-4, 7-6 (8-6), 3-6, 3-6, 6-4

Ashleigh Barty mengalahkan Barbora Krejcikova 7-5, 6-3

Ajla Tomljanovic mengalahkan Emma Raducanu 6-4, 3-0 - retired

Karolina Muchova mengalahkan Paula Badosa 7-6 (8-6), 6-4

Angelique Kerber mengalahkan Coco Gauff 6-4, 6-4

Karolina Pliskova mengalahkan Liudmila Samsonova 6-2, 6-3

Viktorija Golubic mengalahkan Madison Keys 7-6 (7-3), 6-3

Ons Jabeur mengalahkan Iga Swiatek 5-7, 6-1, 6-1

Aryna Sabalenka mengalahkan Elena Rybakina 6-3, 4-6, 6-3

Berita Berkaitan

1

Sukan 3 tahun yang lalu

Becker Jadi Pengulas Untuk Eurosport Jerman Di Terbuka Australia

2

Sukan 3 tahun yang lalu

Bintang Tenis Sensasi Roger Federer Umum Bersara

3

Sukan 4 tahun yang lalu

Bintang Tenis Australia Ash Barty Umum Persaraan Mengejut

4

Sukan 4 tahun yang lalu

Australia Batal Visa Djokovic Untuk Kali Kedua

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Politik 9 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad