web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bos Tokyo 2020 Nafi 10 Negara, Termasuk Malaysia Disekat Sertai Olimpik

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jun 2021 8:12AM

Toshiro Muto - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketua Pegawai Eksekutif Jawatankuasa Penganjur Tokyo 2020 Toshiro Muto menafikan laporan bahawa 10 negara termasuk Malaysia akan disekat daripada menyertai temasya itu bulan depan susulan lonjakan kes COVID-19 yang sedang dialami negara berkenaan.

Muto berkata kemungkinan mengenakan sekatan penyertaan itu langsung tidak dipertimbang, sebaliknya kontinjen daripada beberapa negara disyaratkan menerima vaksin penuh sebelum tiba di Jepun bagi menyertai temasya yang dijadualkan bermula pada 23 Julai tersebut.

“Kami tidak pernah mendengar tentang perkara itu yang langsung tidak berasas, malah kami tidak menimbang langkah tersebut sebagai satu kemungkinan,” katanya. 

“Mengenai (kebimbangan) varian baharu dari India, sebelum datang ke Jepun, mereka perlu menerima vaksin lengkap. Itu dasar yang kita umumkan, vaksinasi 100 peratus disyaratkan (bagi atlet) dari India, Pakistan, Sri Lanka, Nepal, Bangladesh dan negara yang berkaitan

“Mereka harus berunding dengan IOC (Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa) dan mereka perlu menerima vaksinasi lengkap sebelum memasuki Jepun,” katanya pada sidang media di Tokyo. Rakaman video sidang media itu dikongsikan dengan Bernama.

Beliau turut menafikan ada perbincangan tentang pembatalan atau penangguhan seterusnya Sukan Olimpik dan Paralimpik yang sudahpun tertangguh setahun disebabkan penularan pandemik COVID-19.

Sebuah akhbar harian hari ini melaporkan kerajaan Jepun telah mengeluarkan pekeliling kepada jawatankuasa penganjur agar menyekat kemasukan 10 negara yang sedang mengalami lonjakan kes COVID-19.

Menurut laporan itu lagi, jika jawatankuasa tersebut gagal menyekat kemasukan atlet, langkah-langkah lebih ketat perlu dikenakan ke atas mereka termasuk dikuarantin selama 14 hari.

Selain Malaysia, negara lain yang dinamakan dalam laporan itu ialah  India, Pakistan, Nepal, Bangladesh, Maldives, Sri Lanka, Afghanistan, Vietnam dan United Kingdom.

Sebelum ini dilaporkan Malaysia memberi jaminan semua atlet dan pegawainya akan menerima vaksinasi penuh sebelum berlepas ke Tokyo. - Bernama

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 15 jam yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad