web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


6 Ikon Sukan Wanita Terima Jam Tangan Mewah

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Mar 2024 10:02AM

(Dari kiri) Setiausaha Agung Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) Bibi Aishah Golbal Shah, Ahli Majlis Persekutuan Renang Malaysia (MAS) Mae Chen, bekas atlet gimrama kebangsaan Afrita Ariany Nasril, Naib Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Mumtaz Jaafar, Presiden Persatuan Bola Jaring Malaysia (PBJM) Alwiyah Talib dan Ahli Lembaga Persatuan E-sukan Antarabangsa (IESF) Tiffani Lim bersama jam Bijoumontre edisi 'Around The World' pada Majlis Makan Malam 'Time to Shine'. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Memang benar mungkin waktu tidak dapat dibeli namun melalui 'mesin masa' jiwa enam ikon wanita yang memeriahkan industri sukan negara ini umpama 'dibeli' apabila menerima jam tangan berharga RM16,000 bersempena Hari Wanita Antarabangsa.

Inisiatif digerakkan jenama jam terkemuka, Bijoumontre ini adalah bagi menghargai peranan dan sumbangan wira yang mendedikasikan seluruh jiwa dan raga mereka dalam bidang sukan.

Enam penerima jam Bijoumontre edisi 'Around The World' ialah Naib Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Mumtaz Jaafar (RM 16,000), Setiausaha Agung Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) Bibi Aishah Golbal Shah (RM16,000) dan Presiden Persatuan Bola Jaring Malaysia (PBJM) Alwiyah Talib (RM16,350).

Turut menerima hadiah berkenaan ialah Ahli Majlis Persekutuan Renang Malaysia (MAS) Mae Chen (RM16,350), bekas atlet gimrama kebangsaan, Afrita Ariany Nasril (RM16,350) dan Ahli Lembaga Persatuan E-sukan Antarabangsa (IESF) Tiffani Lim (RM16,000).

Kesemua mereka diraikan dalam satu majlis di sebuah hotel di sini yang disempurnakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)Mira Watch International Ltd., Amy Chow dan Pengarah Omne Connie Gan.

Sementara itu, Afrita Ariany mengucapkan syukur apabila segala pengorbanan serta penat lelah dalam dunia sukan berbaloi dengan penerimaan hadiah berkenaan.

"Saya berbesar hati menerima anugerah malam ini, rasa berbaloi dengan pengorbanan dan ia bukan perjalanan mudah untuk mengejar minat saya dalam sukan.

“Saya menjadi gimnas selama 18 tahun dan kemudian 24 tahun dalam bidang pengurusan, kejurulatihan, pengadilan dan kini dalam MOM," katanya kepada Bernama.

Mumtaz, bekas ratu pecut negara era 80-an yang menuai pingat emas acara 100 meter di temasya Sukan SEA Manila 1981, turut menzahirkan perasaan sama apabila beliau masih diingati sehingga kini. - BERNAMA

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Rogol Anak Kandung Hingga Hamil, Bapa Syaitan Dipenjara 39 Tahun, 10 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar