web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Wan Muhammad Haikal Tolak Tawaran Ke Universiti, Mahu Fokus SUKMA – Kakak

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Mar 2024 4:14PM

Jenazah Wan Muhammad Haikal sebelum dibawa pulang ke Terengganu. - gambar MSNT

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Pesilat Terengganu Wan Muhammad Haikal Wan Hussin yang meninggal dunia awal pagi tadi, sanggup menolak beberapa tawaran menyambung pengajian ke universiti demi memberi tumpuan untuk mewakili Terengganu ke Sukan Malaysia (SUKMA) 2024.

Kakak Allahyarham, Wan Nor Haslinda, berkata tahun lepas adiknya menerima tawaran daripada beberapa universiti awam, namun anak keempat daripada lima beradik itu berhasrat untuk menyambung pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda selepas SUKMA.

"Dia (Allahyarham) memang bersemangat hendak masuk SUKMA kerana tahun ini tahun terakhir dia boleh mewakili Terengganu (ke SUKMA) kerana usianya telah 21 tahun.

“Namun apakan daya cita-citanya itu tidak tercapai," katanya ketika dihubungi Bernama. 

Sementara itu, kerajaan Terengganu merakamkan ucapan takziah dan dukacita atas pemergian Allahyarham yang disifatkan sebagai atlet berbakat dan berpotensi besar.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia,Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan negeri Hishamuddin Abdul Karim berkata Allahyarham atlet sasaran pingat SUKMA yang akan bertanding dalam kategori Putra I (85-90 kilogram).

Beliau berkata, laporan kematian Wan Muhammad Haikal telah diterima pagi tadi dan pihaknya sedang menunggu laporan kronologi kes secara terperinci.

"Dalam rekod Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), ini ialah kes pertama berlaku dalam aktiviti sukan silat dan ia pastinya mengejutkan semua pihak. 

"Pihak MSNT akan memperhalusi insiden ini dengan terperinci dan menyeluruh. Tindakan susulan akan diambil," katanya dalam kenyataan hari ini.

Hishamuddin berkata, urusan membawa jenazah Allahyarham dari Negeri Sembilan ke Besut, serta kebajikan keluarga akan diuruskan oleh MSNT. - BERNAMA

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Masuk Universiti Guna ‘Pintu Belakang’, ADUN Jitra Didakwa Di Mahkamah

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad