web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia Selangkah Pertahan Kejuaraan BATC Selepas Tewaskan Jepun

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Feb 2024 8:30AM

Lee Zii Jia selepas menewaskan Kenta Nishimoto. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Pasukan lelaki negara hanya selangkah lagi untuk mempertahankan gelaran apabila mara ke final Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) selepas menewaskan Jepun 3-1 pada perlawanan separuh akhir di sini, semalam

Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia memulakan kempen negara dengan baik apabila menyumbang mata pertama dengan mudah menewaskan Kenta Nishimoto, 21-18, 21-15 pada perlawanan yang berlangsung di Pusat Konvensyen Setia City di sini.

Momentum kejayaan itu diteruskan pasangan pingat gangsa Olimpik Tokyo 2020, Aaron Chia-Soh Wooi Yik apabila bangkit untuk menewaskan Akira Koga-Taichi Saito 15-21, 21-17, 21-10.

Bagaimanapun, pemain perseorangan Leong Jun Hao yang dilihat bersemangat tidak melepasi halangan Koki Watanabe apabila dibenam 21-19, 12-21,19-21 dalam masa 88 minit perlawanan.

Kehadiran Goh Sze Fei-Nur Izzudin Nur Rumsani kembali menceriakan kem negara apabila sekali lagi menjadi penyumbang mata kemenangan dalam masa 54 minit perlawanan ke atas Kenya Mitsuhashi-Hiroki Okamura 21-15, 21-19.

Hari ini, Malaysia akan berhadapan perlawanan getir bertemu China pada jam 4 petang, selepas negara tembok besar itu mengalahkan Korea Selatan 3-2 dalam satu lagi perlawanan separuh akhir.

Pada edisi dua tahun lalu yang berlangsung di venue sama, skuad negara berjaya muncul juara buat kali pertama selepas mengatasi Indonesia 3-0 di pentas final.

Dalam pada itu, perlawanan akhir wanita pula menyaksikan India dan Thailand akan melakukan perhitungan jam 10 pagi hari ini.

India menyingkirkan Jepun 3-2 dan Thailand menewaskan Indonesia 3-1 pada aksi separuh akhir.

Sementara itu, Zii Jia yang terpaksa direhatkan kerana masalah resdung pada aksi suku akhir menentang Taiwan semalam memaklumkan beliau masih belum mencapai tahap kecergasan seratus peratus hari ini.

Pemain berusia 26 tahun itu bagaimanapun berkata, sokongan peminat tempatan telah menaikkan semangatnya untuk berjuang menyumbang mata berharga buat pasukan negara.

"Bukan 100 peratus hari ini tapi kita tidak mahu berlaku macam semalam. Selagi keadaan baik,saya pasti mahu beraksi di final," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Politik 15 jam yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar