web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


BATC 2024: Skuad Lelaki Mudah Tumpaskan Brunei

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Feb 2024 8:17AM

Ng Tze Yong ketika beraksi pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 semalam. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Skuad lelaki kebangsaan memulakan kempen Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 dengan bergaya selepas mudah mengecewakan Brunei, 5-0 dalam perlawanan Kumpulan B di Pusat Konvensyen Setia City di sini semalam.

Pemain perseorangan lelaki negara Ng Tze Yong hanya mengambil 23 minit untuk memberi mata pertama dengan menyingkirkan Kan Kah Kit dalam permainan straight set 21-7 dan 21-11.

Kegembiraan pasukan negara diteruskan pemain perseorangan negara Leong Jun Hao yang menampilkan aksi berbisa menumpaskan Marhanif Ali, 21-5 dan 21-6.

Malaysia meneruskan aksi 'pemanas badan' dengan mata ketiga disumbangkan oleh pemain perseorangan Eogene Ewe yang mengatasi Mattew Minggat 21-8 dan 21-4 dalam 23 minit

Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri yang membuat penampilan pertama dalam kejohanan berkenaan juga tidak mempunyai masalah untuk menewaskan Marhanif Ali-Haziq Rose 21-5 dan 21-12, sebelum Goh Sze Fei-Nur izzudin Mohd Rumsani menoktahkan kemenangan menentang Mattew Minggat-Mohamad Iqbal Asyraf 21-9 dan 21-7.

Pasangan bergu Goh Sze Fei-Nur Izzudin Mohd Rumsani ketika menentang Mattew Minggat-Mohamad Iqbal Asyraf. - gambar BERNAMA
Pasangan bergu Goh Sze Fei-Nur Izzudin Mohd Rumsani ketika menentang Mattew Minggat-Mohamad Iqbal Asyraf. - gambar BERNAMA

Sementara itu, Tze Yong yang ditemui pemberita selepas perlawanan mengakui kejohanan dwitahunan itu amat penting baginya mengetahui kondisi terkini kecederaan belakang yang dialami pada Terbuka Malaysia Januari lepas.

"Gembira (kembali ke gelanggang), saya rasa ini perlawanan pertama (perlawanan penuh) untuk saya tahun ini. Saya fikir ia baik namun masih ada rasa sakit sedikit, jadi akan bincang dengan jurulatih. Sekarang ini saya rasa sekitar 60 hingga 70 peratus keadaan semasa.

“Masa cedera dulu memang rasa sedikit hampa kerana saya telah berlatih berbulan-bulan untuk mempamerkan kepada anda apa yang saya telah berlatih," katanya.

Tze Yong sebelum ini terpaksa menarik diri daripada pusingan pertama Terbuka Malaysia ketika ketinggalan 8-12 dalam set pertama menentang Koki Watanabe dari Jepun pada Januari.

Malaysia yang turun sebagai juara bertahan Kumpulan B akan bertemu Kazakhstan hari ini dan Taiwan (15 Februari). - BERNAMA

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 7 jam yang lalu

Polis Terima 153 Laporan Terhadap Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad