web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Stadium Shah Alam Roboh Sepenuhnya Pertengahan 2025

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Feb 2024 8:57AM

Stadium Shah Alam. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Proses perobohan Stadium Shah Alam akan dimulakan dengan pemasangan dinding adang, diikuti proses merungkai struktur sedia ada yang dijangka mengambil tempoh sehingga pertengahan tahun depan.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dalam kenyataan memaklumkan, beliau menekankan kepada pihak terlibat bahawa pembangunan Stadium Shah Alam harus menepati semua piawaian kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

“(Pembangunan projek itu) turut menjadi model yang mengguna pakai kaedah terbaik dalam pembangunan infrastruktur, terutamanya dalam skala sebegini.

“Segala langkah mitigasi untuk menangani impak pembangunan akan dimaklumkan pihak pemaju kepada komuniti tempatan agar proses ini berjalan sebaiknya,” katanya.

Katanya, satu langkah kritikal diambil dalam pembangunan stadium itu, apabila beliau turut menyaksikan perjanjian persefahaman antara Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI Selangor) bersama Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) petang semalam, sekali gus menandakan permulaan kerja fizikal selepas melalui proses perancangan dan prosedur rapi. - BERNAMA

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Polis Terima 153 Laporan Terhadap Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 14 jam yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad