web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Segrt Puji Kekuatan Mental Pemain Tajikistan

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jan 2024 4:05PM

Jurulatih Tajikistan Petar Segrt. - gambar REUTERS

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

DOHA - Jurulatih Tajikistan Petar Segrt memuji kekuatan mental pemainnya ketika The Crowns bangkit daripada ketinggalan sekali gus menewaskan Lubnan 2-1 dalam perlawanan akhir Kumpulan A saingan Piala Asia 2023 di Stadium Jassim Bin Hamad, di sini.

Kemenangan malam tadi mengesahkan tempat Tajikistan di peringkat kalah mati dalam kempen sulung mereka.

Walaupun adegan menggembirakan selepas wisel penamat yang menyaksikan Segrt kehilangan cermin matanya, jurulatih Croatia berusia 57 tahun itu dapat melihat dengan jelas perlawanan yang dimenangi ketika menentang Lubnan.

"la adalah permainan yang hebat namun sukar. Jangan lupa. dua kali gol kami dibatalkan dan itu adalah keputusan yang tepat, tetapi dari segi mental ia meletihkan. Jadi saya amat berbangga dengan pemain saya. mereka berjuang dengan penuh semangat.

"Lubnan bermain dengan baik, tetapi saya fikir kami akan mendapat peluang, kami dapat melihat mereka kepenatan. jadi kami hanya perlu terus menyerang. Rentak permainan seperti ini anda lakukan untuk teruskan perjuangan dan kekal dalam saingan. Saya percaya kepada pemain, mereka punyai perwatakan yang hebat Rakyat Tajikistan adalah pejuang dan akan berjuang sehingga ke akhirnya," katanya pada sidang media selepas perlawanan di sini.

Segrt yang mengemudi Tajikistan memenangi Pesta Bola Merdeka 2023 pada Oktober berkata dia berbual dengan bekas jurulatih Jerman Joachim Low sebelum perlawanan pada sebelah pagi. sambil menyuarakan kekaguman terhadap kejohanan yang hebat ini.

“Bagi kami, ini adalah impian besar untuk layak ke kejohanan ini dan impian itu diterjemahkan kepada layak ke peringkat kalah mati. Kini kami bermimpi semula," tambahnya.

Dalam perlawanan itu. pemain tengah Lubnan Bassel Jradi membuka jaringan seawal dua minit selepas rehat tetapi momentum berubah memihak kepada Tajikistan apabila Kassem El Zein dilayankan kad merah.

Pemain tengah Parvizdzhon Umarbaev menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-80 sebelum pemain gantian, Nuriddin Khamrokulov menanduk masuk gol kemenangan, dua minit dalam masa kecederaan.

Ketua jurulatih Lubnan yang kecewa, Miodrag Radulovic mengakui bahawa kad merah itu adalah titik perubahan dalam perlawanan yang membayangkan akan memihak kepada mereka.

"Amat sukar untuk bercakap selepas perlawanan ini kerana kami sudah menggenggam segala-galanya di tangan kami. Kami bermain dengan baik, sempurna sehingga 56 minit dan selepas hilang tumpuan sekejap, kami dilayankan kad merah. Dalam permainan yang sukar ini pastinya amat sukar untuk bermain dalam tempoh lama dengan kekurangan seorang pemain.

"Namun. saya bangga dengan prestasi dan perjuangan pasukan saya. Walaupun kurang seorang kami masih mencipta peluang untuk menjaringkan gol, pasukan ini mempunyai masa depan yang hebat," kata Radulovic.

Kekalahan itu, menyebabkan Lubnan terpaksa menanti lebih lama untuk penampilan peringkat kalah mati manakala Tajikistan terus menghidupkan impian kerana mereka akan bertemu dengan naib juara Kumpulan C pada Ahad. - BERNAMA

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 7 jam yang lalu

Rogol Anak Kandung Hingga Hamil, Bapa Syaitan Dipenjara 39 Tahun, 10 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad