web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Syamer Mahu Pertahan Maruah Negara Menentang Korea Selatan

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jan 2024 8:57PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

DOHA - Pemain tengah skuad Harimau Malaya, Mohamed Syamer Kutty Abba tidak menganggap pertemuan menentang juara dua kali Korea Selatan pada aksi terakhir Kumpulan E saingan Piala Asia 2023 sebagai perlawanan pelengkap jadual.

Walaupun pintu ke pusingan 16 terbaik sudah tertutup buat Malaysia susulan dua kekalahan sebelum ini, Mohamed Syamer secara peribadi berazam memberikan aksi terbaiknya jika diturunkan pada pertembungan Khamis ini demi menjaga maruah negara.

Malah pemain kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) itu juga percaya rakan sepasukannya turut mempunyai mentaliti yang sama untuk tidak menyerah kalah sebelum perlawanan bermula.

"Walaupun orang tengok kami sebagai pelengkap jadual tetapi dalam padang kami berlari, berjuang dan fight for every ball, untuk saya secara peribadi akan mendekati setiap perlawanan macam perlawanan terakhir saya.

"Jadi saya akan bagi terbaik sebab ini adalah maruah negara yang saya pikul, jadi tiada perkara seperti pelengkap jadual, kami akan buat sehabis baik untuk perlawanan menentang Korea Selatan," kata pemain berusia 27 tahun itu ketika ditemui di sini.

Malaysia akan membuat perhitungan dengan Korea Selatan di Stadium Al Janoub di sini venue pasukan negara tumpas 0-4 kepada Jordan pada aksi pembukaan Isnin lepas.

Skuad bimbingan Kim Pan Gon selepas itu kecundang 0-1 di tangan Bahrain pada aksi kedua di Stadium Jassim Bin Hamad, kelmarin.

Mohamed Syamer diturunkan dalam kesebelasan utama ketika menentang Bahrain sebelum digantikan dengan Natxo Insa pada babak kedua perlawanan selepas langsung tidak beraksi ketika menentang Jordan.

Pada masa sama, Mohamed Syamer bersyukur dipilih dalam skuad ke Piala Asia di sebalik kekurangan minit permainan susulan dibelenggu kecederaan, selain menyifatkan pertandingan bola sepak terulung Asia itu memberikan pengalaman berharga kepada barisan pemain negara.

“Piala Asia tahapnya tinggi, kita kena mengaku perlu belajar lagi dan ada beberapa langkah yang perlu diambil. Kita tengok intensiti dan pendekatan digunakan pasukan-pasukan di sini sangat berbeza dengan perlawanan yang kita lalui sebelum ini," katanya.

Beliau turut menyimpan impian untuk terus mewakili Malaysia pada edisi Piala Asia akan datang yang dijadual berlangsung di Arab Saudi pada 2027.

Malaysia ketika ini di posisi tercorot dalam Kumpulan E tanpa sebarang mata dan jaringan serta bolos lima manakala Korea Selatan (kedua) berkongsi empat mata dengan pendahulu, Jordan yang akan bertemu Bahrain yang mengutip tiga mata di tempat ketiga. - BERNAMA

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Rogol Anak Kandung Hingga Hamil, Bapa Syaitan Dipenjara 39 Tahun, 10 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad