web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Gol Penalti Asnawi Julang Indonesia, Singkir Vietnam

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jan 2024 8:25AM

Aksi Kumpulan D antara Indonesia menentang Vietnam yang menyaksikan kemenangan pertama Indonesia. - gambar Reuters

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

DOHA - Indonesia meraih kemenangan pertama dalam saingan Kumpulan D Piala Asia 2023 selepas mengejutkan Vietnam 1-0 di Stadium Abdullah bin Khalifa, disini, semalam.

Kapten dan pemain pertahanan Asnawi Mangkualam Bahar muncul wira Indonesia apabila menjaringkan gol kemenangan menerusi penalti pada babak pertama perlawanan untuk membantu skuad Garuda mengumpul tiga mata penuh.

Kejayaan itu menghidupkan peluang Indonesia bimbingan pengendali dari Korea Selatan, Shin Tae Yong dalam mencipta sejarah layak ke pusingan kalah mati buat julung kali pada penampilan kelima di pertandingan bola sepak terulung Asia itu.

Pada pertembungan tersebut, Indonesia, yang tewas 1-3 kepada Iraq pada aksi pembukaan Isnin lepas, lebih menonjol sejak sepak mula, namun Vietnam secara perlahan memberikan saingan yang menyaksikan perlawanan menjadi sengit sehingga kesilapan yang dilakukan Nguyen Thanh Bình dalam kotak penalti.

Peluang keemasan itu tenang disempurnakan Asnawi yang melepaskan rembatan kencang kaki kanan ke arah tengah gawang, menewaskan penjaga gol skuad Naga Emas, Filip Nguyen untuk meletakkan Indonesia di depan pada minit ke-42.

Tersentak dengan jaringan itu, Vietnam menggandakan asakan dan lebih menguasai permainan pada babak kedua dalam usaha memburu gol penyamaan yang menyaksikan beberapa percubaan dilakukan gagal menemui sasaran,selain diselamatkan penjaga gol Ernando Ari Sutaryadi.

Percubaan demi percubaan Vietnam terus gagal menghasilkan jaringan, sebaliknya Indonesia terlepas peluang  terbaik untuk menambah jaringan selepas rembatan Hokky Caraka yang menerima hantaran menerusi tandukan Sandy Walsh sedikit tersasar pada minit ke-81.

Vietnam, yang tewas 2-4 di tangan Jepun pada aksi pertama, terus dirundung malang apabila pemain gantian Le Pham Thanh Long diperintah keluar padang pada masa kecederaanvbabak kedua selepas mengutip dua kad kuning dalam tempoh kurang daripada 10 minit.

Kekalahan itu menyaksikan skuad bimbingan Philippe Toussier tersingkir daripada saingan dan akan melengkapkan bagi aksi kumpulan menentang lraq yang sudah pun mengesahkan kemaraan ke pusingan 16 terbaik selepas mencipta kejutan menumbangkan Jepun 2-1 pada satu lagi perlawanan.

Pada perlawanan di Stadium Education City itu, penyerang Ayman Hussein menjulang Iraq yang dibimbing Jesus Casas Garcia dengan dua jaringannya pada separuh masa pertama untuk mengatasi juara terbanyak dan pasukan pilihan kempen kali ini.

Jepun dan Indonesia akan membuat perhitungan pada aksi terakhir Rabu depan dalam misi masing-masing melangkah ke pusingan kalah mati.

Ketika ini, Iraq selesa mendahului Kumpulan D dengan mengumpul enam mata, diikuti Jepun dan Indonesia yang berkongsi tiga mata manakala Vietnam tercorot tanpa mata. - BERNAMA

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 12 jam yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 13 jam yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

oleh Amirah Abu Bakar