web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Perangkap Ofsaid Makan Diri - Razman

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jan 2024 5:17PM

Pemain Malaysia, Romel Morales diasak pemain Jordan Ehsan Haddad pada perlawanan di antara Malaysia menentang Jordan bagi peringkat Kumpulan E sempena Piala Asia 2023 di Stadium Al Janoub pagi tadi. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dua perangkap ofsaid yang tidak menjadi telah memakan diri anak buah Kim Pan Gon sehingga menyaksikan skuad kebangsaan tumbang 0-4 kepada Jordan dalam aksi pembukaan Kumpulan E saingan Piala Asia 2023 di Stadium Al Janoub, Doha, pagi tadi.

Bekas pemain kebangsaan, Razman Roslan berkata, dua daripada tiga gol pada separuh masa pertama terhasil berikutan taktik perangkap ofsaid berjaya dihidu pasukan lawan, menyebabkan benteng pertahanan melakukan kesilapan mudah sehingga menghadiahkan sepakan penalti.

"Saya tertarik melihat posisi Junior Eldstal yang mahu melakukan perangkap ofsaid sehingga mengelirukan kapten pasukan negara Matthew Davis, yang terpaksa mengejar pemain lawan apabila menyedari perangkap tidak menjadi.

"Bila kejar sudah terlambat dan pemain Jordan (Yazan Alnaimat) hanya pakai lutut untuk mendapatkan penalti sewaktu berdepan Matthew, sama ada sengaja atau tidak, itu belakang kira. 

"Cuma perangkap ofsaid itu pada saya kesilapan yang tidak wajar dilakukan pertahanan kita," katanya ketika dihubungi BERNAMA.

Selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-18 untuk gol kedua, Jordan yang sudah dapat membaca perangkap ofsaid cuba dilakukan oleh skuad Harimau Malaya sekali lagi, menyumbat gol ketiga, sekali gus meletakkan pasukan di ranking ke-87 itu selesa dengan 3-0 selepas tamat babak pertama.

Menurut Razman, kelibat pemain naturalisasi Romel Morales yang diletakkan di sebelah kiri berbanding posisi asalnya selaku penyerang tengah, gagal memberi impak besar dalam menambah kekuatan jentera serangan pasukan kebangsaan.

"Saya tak salahkan Morales berada dalam kesebelasan utama kerana jurulatih yang nilai prestasinya. Cuma selepas ini mungkin boleh pertimbang semula keperluan meletakkannya bagi posisi di sebelah kiri jentera serangan," katanya.

Legenda bola sepak kebangsaan, Datuk Zainal Abidin Hassan berkata, Harimau Malaya yang menduduki ranking ke-130 dunia bermain di bawah prestasi sebenar mereka ketika berdepan Jordan pagi tadi.

Biarpun mengakui Malaysia lambat menyesuaikan diri dengan intensiti permainan sehingga ketinggalan tiga gol pada separuh masa pertama, Zainal Abidin tetap memuji usaha dipamerkan barisan pemain negara yang bermain lebih baik pada babak kedua.

"Walaupun pemain nampak gugup, namun belum sempat mereka menyesuaikan diri dah ketinggalan 3-0. Jika ketinggalan 1-0 mungkin ada peluang untuk kejar. Separuh masa kedua pula saya nampak pasukan sudah tukar rentak, namun terlambat," katanya.

Mengenai prestasi Morales, beliau berkata, pemain kelahiran Colombia itu juga belum cukup serasi bersama Harimau Malaya memandangkan baharu sahaja menyertai skuad kebangsaan bulan lalu.

Bekas pengendali Pahang itu juga menggesa Harimau Malaya bangkit dengan tampil lebih garang menentang Bahrain dalam perlawanan wajib menang di Stadium Jassim Bin Hammad, Sabtu ini, bagi mencerahkan kembali peluang ke peringkat seterusnya.

"Kekalahan semalam bukan pengakhiran, namun satu pengajaran berguna untuk perbaiki kelemahan. Tiga mata satu kemestian ketika lawan Bahrain, apa cara sekalipun, kena ambil situ sebab kita sudah ada di sini (Piala Asia 2023) takkan nak tunggu 40 tahun lagi," katanya.

Selepas perhitungan dengan Bahrain, Malaysia akan menutup saingan kumpulan berdepan juara dua kali Korea Selatan pada 25 Januari.

Ini adalah penampilan keempat Malaysia di pentas Piala Asia.

Pasukan negara terkandas di peringkat kumpulan dalam tiga edisi terdahulu masing-masing pada edisi 1976 di Iran, 1980 (Kuwait) dan ketika menjadi tuan rumah bersama pada 2007. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Harimau Malaya Juara Pestabola Merdeka 2024, Atasi Lubnan 1-0

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Harimau Malaya Daki 3 Anak Tangga Ranking FIFA

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Kyrgyzstan Lebur Harapan Harimau Malaya

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Tekanan Lebih Daripada Jangkaan - Pan Gon

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 14 jam yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad