web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kata-Kata Semangat, Doa Buat Harimau Malaya Untuk Terus 'Mengaum' Di Qatar

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jan 2024 6:36PM

Pasukan Harimau Malaya bakal bertemu Jordan pada jam 1.30 pagi ini (waktu Malaysia). gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bahang aksi sulung skuad Harimau Malaya pada pentas Piala Asia 2023 bertemu Jordan berbaki beberapa jam sahaja lagi kian dirasai selepas ciapan peminat bola sepak tanah air mula membanjiri platform media sosial dengan lontaran kata-kata semangat dan harapan menggunung.
'
Menerusi tinjauan BERNAMA, ciapan seperti 'Ayuh Harimau Malaya', 'Malaysia Boleh', selain 'Ekor Harimau Sejati' oleh rakyat Malaysia serta individu berpengaruh seolah-olah bergema sehingga ke bumi Qatar.

Aksi anak buah Kim Pan Gon yang berada di ranking ke-130 dunia, menentang negara Timur Tengah (ranking ke-87) itu menjadi tumpuan rakyat Malaysia setelah skuad negara berjaya menamatkan penantian lebih empat dekad untuk melayakkan diri secara merit ke kejohanan kedua tertua benua di dunia itu.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam hantaran di laman sosial X, menzahirkan harapannya untuk melihat pasukan Harimau Malaya bermain dengan kemas dan sistematik.

"Peluang Malaysia untuk menang Piala Asia = 0.2 peratus. Kalau tengok dalam kumpulan (ranking) kita lebih rendah berbanding pasukan-pasukan lain. Jadi secara realistik, kalau nak curi mata pun cuma dari Jordan dan Bahrain.

"Itu kalau cakap pasal realistik. Impian yang harapnya boleh jadi kenyataan, Malaysia layak ke pusingan seterusnya. Kalau ini boleh bikin, memang sejarah buat Malaysia," ciapnya.

Bekas Menteri Belia dan Sukan, Reezal Merican Naina Merican pula, menyeru rakyat Malaysia untuk bersama-sama menyatakan sokongan dan berharap kejayaan menjadi milik Harimau Malaya.

Sementara itu, bekas pengurus pasukan bola sepak Selangor yang juga pemerhati sukan, Zakaria Rahim berkata, Harimau Malaya tidak mempunyai pilihan lain, selain menumbangkan pasukan Jordan dan mencipta sejarah dalam perlawanan malam ini.

"Matlamat perlawanan ini ialah bagi mencipta sejarah. Menang atau kalah bukan pilihan di sini tetapi memberikan yang terbaik dalam setiap perlawanan adalah teramat penting.

"Ganjarannya akan datang sendiri apabila usaha telah dioptimumkan. Maka, berikan segala yang anda ada dan elemen yang bergerak dalam permainan akan membawa anda kepada kemasyhuran," katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Pemain legenda bola sepak tanah air, Safee Sali menerusi sorotan cerita di Instagram mengajak rakyat Malaysia tanpa mengira fahaman politik mahupun bangsa untuk bersama-sama mendoakan kemenangan pasukan Harimau Malaya dalam pertembungan awal pagi ini (waktu Malaysia).

Malaysia yang menamatkan penantian 42 tahun untuk layak ke Piala Asia secara merit memulakan kempen Kumpulan E menentang Jordan pada 1.30 pagi ini (waktu Malaysia), diikuti Bahrain (20 Januari) dan juara dua kali Korea Selatan pada 25 Januari ini.

Hanya juara dan naib juara setiap kumpulan bersama empat pasukan ketiga terbaik akan layak untuk pusingan 16 pasukan di Doha.

Ini adalah penampilan keempat Malaysia dalam Piala Asia selepas layak secara merit pada 1976 di Iran, 1980 di Kuwait dan sebagai tuan rumah bersama pada 2007 tetapi tidak pernah mara ke pusingan 16 pasukan terbaik dalam kejohanan ini.

Sementara itu, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) turut membuat tayangan skrin besar di 16 lokasi secara percuma, di seluruh negara bagi menyemarakkan lagi sokongan buat Harimau Malaya bagi ketiga-tiga perlawanan tersebut.

Antara lokasi yang dipilih ialah Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur; Padang Kota, di Georgetown, Pulau Pinang dan Dataran Mara, Kota Bharu, Kelantan. Orang awam boleh merujuk laman sesawang KBS di pautan https://www.kbs.gov.my/ untuk maklumat lanjut.

Ikuti berita dan info terkini mengenai Piala Asia 2023 di asiancup.bernama.com. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 bulan yang lalu

Tiba Masanya Dunia Bertindak, Tamatkan Hubungan Diplomatik Dengan Zionis - Anwar

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Harimau Malaya Juara Pestabola Merdeka 2024, Atasi Lubnan 1-0

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Harimau Malaya Daki 3 Anak Tangga Ranking FIFA

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Kyrgyzstan Lebur Harapan Harimau Malaya

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Politik 14 jam yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad