web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Suami Isteri Ungguli PBIM 2023

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Dec 2023 4:04PM

Pasangan suami isteri Nik Fakaruddin Ismail, 38, (kiri) dan Noor Amelia Musa, 37, menjadi johan dalam acara Best Malaysian Full Marathon Men dan Best Malaysian Full Marathon Women dalam pertandingan Penang Bridge International Marathon 2023 hari ini. – gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Sepasang suami isteri anggota beruniform melakar kejayaan manis apabila mengungguli Maraton Antarabangsa Jambatan Pulau Pinang (PBIM) buat kali kedua bersama-sama, apabila masing-masing memenangi kategori lelaki dan wanita Malaysia pada acara yang berlangsung pagi tadi.

Kemenangan itu sekali gus membolehkan Noor Amelia Musa, 37, dan Nik Fakaruddin Ismail, 38, membawa pulang wang tunai RM10,000 berserta trofi.

Noor Amelia yang bertugas sebagai anggota polis di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur mencatatkan masa 3 jam 14 minit 36 saat dengan jarak 42 kilometer, manakala suaminya yang merupakan anggota Tentera Darat (TDM) di Kem 74 Workshop Divisyen Sungai Besi menamatkan larian dengan rekod masa 2 jam 43 minit dan 57 saat.

Nik Fakaruddin berkata kemenangan hari ini merupakan kali kelima secara peribadi selepas menang empat kali berturut-turut sebelum ini pada 2016, 2017, 2018 dan 2019, namun tahun lepas dia tidak menyertai PBIM kerana terlibat dengan pemilihan untuk mewakili Malaysia di Sukan SEA dalam acara duathlon.

"Jika bersama isteri, ini kali kedua kami menang bersama dalam acara maraton penuh (kategori perempuan dan lelaki Malaysia) selepas kali pertama pada 2019...Untuk dapatkan kemenangan secara berpasangan bukan satu perkara yang mudah dan jarang sekali berlaku, jadi sudah tentu saya amat gembira dan teruja.

"10 kilometer pertama saya perlu berusaha keras kerana dicabar oleh beberapa pelari lain yang memang cukup kuat dalam acara ini, tetapi strategi saya adalah mengorak langkah lebih awal untuk pecahkan kumpulan dan berjaya berada dalam kedudukan selesa selepas tujuh kilometer dan berjaya mengekalkan momentum hingga ke garisan penamat," katanya yang mengambil masa tujuh bulan untuk melakukan persiapan.

Sementara itu, Noor Amelia yang mula menyertai PBIM sejak 2018 berkata ini merupakan kemenangan ketiga secara peribadi selepas 2019 dan 2022.

Beliau turut gembira dapat mencatatkan masa lebih baik berbanding perlumbaan sebelum ini meskipun tanpa persiapan rapi.

"Dua minggu lepas saya ada maraton di Langkawi jadi untuk PBIM ini saya kurang dari segi persiapan, bagaimanapun, saya bersyukur dan gembira kerana tetap menang," katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Pulau Pinang Wong Hon Wai berkata PBIM 2023 berjaya menarik penyertaan seramai 20,000 pelumba dari seluruh Malaysia dan 60 negara lain.

"Acara ini bukan saja menggalakkan gaya hidup sihat dan aktif tetapi juga memupuk semangat kemasyarakatan merentasi sempadan selain perpaduan yang dapat dilihat menerusi penyertaan dari pelbagai latar belakang," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Masuk Universiti Guna ‘Pintu Belakang’, ADUN Jitra Didakwa Di Mahkamah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Politik 13 jam yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

oleh Amirah Abu Bakar