web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Peminat Harimau Selatan, Penyu ‘Takluk’ Stadium Nasional

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Dec 2023 8:47PM

Gelagat penyokong Penyu dan Harimau Selatan yang dirakamkan sebelum mereka memasuki Stadium Nasional Bukit Jalil petang tadi. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lautan merah-biru dan hitam-putih ‘membanjiri’ Stadium Nasional, Bukit Jalil menjelang pertembungan final Piala Malaysia 2023 yang ditunggu-tunggu antara juara bertahan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu FC di sini, malam ini.

Setakat 6 petang, cuaca di pekarangan stadium kebanggaan rakyat Malaysia itu mula mendung, namun suasana meriah dengan pelbagai acara serta aktiviti yang menarik perhatian penyokong kedua-dua pasukan, selain kehangatan Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI yang turut berlangsung di sini.

Tinjauan Bernama mendapati aspek keselamatan berada pada tahap optimum dengan anggota penguat kuasa dilihat bersiap siaga di sekitar stadium manakala anggota trafik mengawal lalu lintas di sepanjang jalan dan persimpangan utama menuju ke Stadium Nasional.

Pelbagai jualan seperti jersi pasukan, cenderahati, makanan dan minuman di sekitar gelanggang keramat pasukan bola sepak negara itu turut menyemarakkan keadaan menjelang final Piala Malaysia yang mempertemukan kedua-dua pasukan itu buat kali pertama.

Penyokong JDT kebanyakannya hadir mengenakan jersi tuan rumah sambil menggayakan mafela berjalur merah-biru simbolik logo skuad Harimau Selatan manakala penyokong Terengganu tampil dengan pakaian berwarna hitam-putih iaitu warna rasmi skuad Penyu.

Pintu pagar Stadium Nasional dibuka kepada penyokong bermula 5 petang sementara sepak mula perlawanan akhir dijadual pada 9 malam.

Rata-rata peminat yang ditemui membangkitkan kerisauan berkaitan permukaan padang Stadium Nasional yang ketika ini berada dalam keadaan tidak memuaskan sambil berharap tiada sebarang kecederaan serius menimpa pemain.

Keadaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil sebelum sepak mula, malam ini. - gambar BERNAMA
Keadaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil sebelum sepak mula, malam ini. - gambar BERNAMA

Penyokong JDT, Ahmad Sufian Idrus, 33, berkata keadaan permukaan padang yang tidak memuaskan pasti akan merencatkan intensiti permainan, namun menaruh harapan tinggi pasukan kesayangannya muncul juara sekali gus mencatat rekod ‘double treble’.

“Saya terkejut bila gambar padang tular semalam kerana keadaan yang teruk, padang yang teruk memang akan buat permainan terjejas, tetapi saya tidak nampak itu jadi alasan JDT tak boleh menang,” kata pekerja sektor swasta berasal dari Pontian itu kepada Bernama.

Pada masa sama, Zikri Razak yang berasal dari Besut, berharap perkara sama tidak akan berulang pada edisi final akan datang.

“Ini tidak sepatutnya terjadi, sebab ini adalah final, selama ini kita bermain di permukaan padang yang baik tetapi apabila sampai di final permukaan padang sebaliknya,” kata pekerja sektor swasta yang menjangkakan Terengganu mampu menundukkan JDT 2-1.

Sebanyak 80,000 penyokong dijangka membanjiri Stadium Nasional malam ini.

JDT merupakan juara tiga kali sejak penubuhan kelab itu pada 2013 manakala Terengganu memburu kejuaraan kedua selepas kali terakhir memenangi pada 2001.

Rekod lima pertemuan terakhir dalam semua pertandingan berpihak JDT yang melakar kemenangan 100 peratus dengan kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu berakhir dengan JDT menang 3-1 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus di Terengganu. - BERNAMA

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Rogol Anak Kandung Hingga Hamil, Bapa Syaitan Dipenjara 39 Tahun, 10 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Politik 13 jam yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad