web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Porter Gunung Kinabalu, Daved Simpat Juarai Labuan 3 Trails 2023

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Dec 2023 8:18PM

Daved Simpat bersama pingat yang dimenanginya. gambar FB

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LABUAN - Pelari denai jarak jauh Daved Simpat muncul juara acara sukan lasak, Labuan 3 Trails 2023 selepas menamatkan larian sejauh 33 kilometer (km) dengan catatan 3 jam 19 minit.

Daved, 41, yang juga  porter atau pengangkut barangan Gunung Kinabalu sejak 2007, mempamerkan ketahanan dan kemahirannya dalam mengharungi laluan mencabar pada acara itu yang berlangsung di Padang Majal, Kampung Pohon Batu di sini, hari ini.

Bapa kepada dua cahaya mata itu ketika ditemui BERNAMA selepas menamatkan larian berkenaan berkata, perkara paling mencabar yang menguji ketahanannya sepanjang perlumbaan itu adalah ketika mengharungi kawasan pantai di bawah panas terik pada waktu pagi. 

"Bagaimanapun, saya berjaya mengawal larian dan menamatkan perlumbaan lebih sedikit daripada yang disasarkan iaitu untuk menamatkan larian sejauh 30km dalam tempoh kurang dari tiga jam,” katanya yang berasal dari Kota Belud, Sabah.

Kejayaan itu menambah senarai pencapaian Daved dalam larian berkenaan selepas menjuarai acara 100km North Face Malaysia Mountain Trail Festival 2023 di Taiping, Perak, sekali gus mencipta rekod baharu dengan catatan 12 jam 15 minit dan 40 saat.

Menurut Daved, beliau mula melibatkan diri dalam larian denai jarak jauh pada 2009 dan sepanjang 14 tahun, beliau telah mewakili Malaysia dalam pelbagai acara antarabangsa termasuk World Mountain and Trail Running Championship (WMTRC) 2023 di Austria, Jun lalu.

Dianjurkan oleh JHK Events, Labuan 3 Trails telah menarik penyertaan lebih daripada 250 individu dari dalam dan luar negara termasuk Amerika Syarikat, Singapura dan Brunei, selain dihadiri ribuan penonton yang mula berkumpul sejak 5 pagi untuk menyaksikan perlumbaan terbabit.

Pengasas JHK Events Jamil Kario berkata, acara berkenaan telah menonjolkan Labuan sebagai berpotensi menjadi hab bagi pertandingan sukan lasak terutama dengan penyertaaan pelari denai jarak jauh antarabangsa.

Beliau turut menyatakan komitmen untuk mempertingkatkan laluan bagi memastikan pengalaman lebih mencabar kepada peserta pada penganjuran akan datang.

"Kemenangan Daved mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai seorang daripada pelari denai jarak jauh yang hebat, selain berdedikasi, berkemahiran dan memiliki semangat kesukanan yang jitu,” katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Jelajah 1 tahun yang lalu

67 Tahun Merdeka, Jom Kenali Puncak Tertinggi Negara!

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Dulu Gempa Bumi, Sekarang Lereng Pulak Runtuh!

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Siti Saleha Berjaya Takluki Puncak Gunung Kinabalu

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Pendaki Gunung Kinabalu Maut Akibat AMS, Isteri Alami Sesak Nafas

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Rogol Anak Kandung Hingga Hamil, Bapa Syaitan Dipenjara 39 Tahun, 10 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad