web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pendaki Gunung Kinabalu Maut Akibat AMS, Isteri Alami Sesak Nafas

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Apr 2023 3:59PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

RANAU - Hasrat seorang lelaki melakar memori indah dengan mendaki Gunung Kinabalu tidak kesampaian, apabila dia meninggal dunia akibat sindrom akut gunung (AMS), awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Simiun Lomudin berkata, mangsa dikenali sebagai Alexander Kueh Chek Boo, 46.

Menurut beliau, mangsa yang berasal dari Kuching, Sarawak menghembuskan nafas terakhir sewaktu sedang menerima rawatan di Hospital Ranau.

“Mangsa bersama isterinya memulakan pendakian pada Isnin, dan tiba di stesen Panalaban sekitar jam 5 petang.

“Mereka bagaimanapun terpaksa turun semula sekitar jam 10 malam selepas isteri mangsa mengadu sesak nafas,” katanya, seperti dilaporkan media.

Terdahulu, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Christina Liew dipetik sebagai berkata, isteri mangsa diberi bantuan oksigen oleh Pasukan Mencari dan Menyelamat Gunung (MOSAR), sebelum dia dihantar ke Hospital Ranau untuk rawatan lanjut.

“Mereka terlebih dahulu turun ke Timpohon Gate, dan sekitar jam 2 pagi, Alexander pula mengalami kekejangan otot sewaktu berada dua kilometer dari lokasi.

“Mendiang kemudiannya diusung ke Timpohon Gate dan dibawa ke Hospital Ranau bersama-sama isterinya untuk rawatan segera,” katanya.

Difahamkan, Alexander bagaimanapun disahkan meninggal dunia pada jam 4.30 pagi semalam.

Susulan insiden, Christina menasihatkan pendaki supaya memastikan tahap kesihatan dan kecergasan mereka berada dalam keadaan baik sebelum memulakan ekspedisi.

Katanya, semua pendaki juga perlu melakukan persiapan mental dan fizikal, bagi memastikan mereka sentiasa bersedia dengan segala kemungkinan. - Getaran, 26 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Guru Rempuh Pelajar Hingga Maut Direman 2 Hari

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Budak Rusia Maut Disengat Obor-Obor Kotak, Pengusaha Pelancongan Langkawi Desak Tindakan Segera

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

4

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Ismail Haniyeh Maut, Serangan Didakwa Dibuat Rejim Zionis

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan