web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


FAM Hantar Enam Pengadil Muda Berguru Di Arab Saudi

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Oct 2023 12:34PM

Enam pengadil muda negara ini akan mempelajari teknik pengadilan terkini di Arab Saudi bermula esok hingga 27 Oktober ini. - gambar FAM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) komited meningkatkan mutu pegawai perlawanan tempatan apabila menghantar enam pengadil muda negara berguru di Dammam, Arab Saudi bermula esok hingga 27 Okt ini.

Mereka ialah pengadil Tuan Mohd Yaasin Tuan Mohd Hanafiah, Muhammad Izzul Fikri Kamaruzaman, Mohamad Kamil Zakaria Ismail dan Muhammad Munir Mohd Izam serta penolong pengadil Kesava Raj S Neelamagan dan Mohd Shafiq Ahmad Said.

Inisiatif itu menyaksikan kesemua mereka akan menjalani kursus tambahan Video Bantuan Pengadil (VAR) dan latihan praktikal selari dengan misi Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin yang mahukan lebih ramai pengadil menimba ilmu di luar negara.

“Semoga ilmu yang diperoleh di Arab Saudi ini dapat memberi manfaat kepada tugasan mereka terutama dalam memartabatkan lagi mutu pengadilan bola sepak negara,” katanya dalam hantaran di Facebook FAM hari ini.

Menurut hantaran itu, pemilihan dibuat berdasarkan prestasi dan komitmen yang baik dalam Liga Malaysia (Liga-M) serta sepanjang latihan VAR di negara ini sekali gus dilihat berpotensi melebarkan sayap ke persada lebih tinggi.

FAM juga memaklumkan Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM merangkap timbalan presiden badan induk itu Datuk S.Sivasundaram turut menyokong usaha berkenaan dengan menyatakan pihaknya akan terus memastikan lebih ramai pengadil muda diberi latihan dan pendedahan di peringkat antarabangsa.

Dalam pada itu, FAM berharap lebih ramai dapat mengikut jejak langkah pengadil Muhammad Nazmi Nasaruddin dan dua pembantunya, Mohamad Zairul Khalil Tan dan Mohd Arif Shamil Abd Rasid yang akan bertugas di Piala Asia 2023 di Qatar, Januari depan.

FAM juga ketika ini sedang rancak menjalankan latihan VAR bagi 40 pengadil sebagai persediaan menghadapi Liga M 2024/2025. - BERNAMA

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 9 jam yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Rogol Anak Kandung Hingga Hamil, Bapa Syaitan Dipenjara 39 Tahun, 10 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar