web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


ISN Wujudkan Klinik Kesihatan Khas Bagi Tangani Isu Atlet Wanita

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Oct 2023 2:55PM

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh melawat Perkhidmatan Klinik Kesihatan Atlet Wanita di Institut Sukan Negara, Bukit Jalil hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Institut Sukan Negara (ISN) mewujudkan Klinik Kesihatan Wanita yang pertama sebagai inisiatif menangani isu-isu kesihatan atlet wanita di Pusat Perubatan Sukan Negara, ISN.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, klinik itu diwujudkan selepas menerima maklum balas menerusi sesi townhall dikendalikan bersama atlet wanita negara pada Ogos lalu.

“Ketika sesi townhall itu, atlet wanita menyuarakan pendapat yang saya anggap penting untuk kita selesaikan.

“Ada antara mereka memberitahu mengalami kesakitan setiap bulan dan tiada doktor wanita atau pakar obstetrik dan ginekologi di sini yang boleh memberi nasihat kepada mereka, dan terpaksa beratur di hospital luar menunggu janji temu,” katanya kepada pemberita selepas membuat lawatan ke klinik itu di sini, hari ini.

Hannah berkata, masalah berkenaan menyebabkan waktu latihan mereka terganggu, terpaksa menahan sakit serta tidak tahu di mana mendapatkan nasihat pakar.

“Kita tidak boleh mengharapkan jurulatih lelaki memberikan nasihat mengenai perkara ini kerana kemungkinan mereka tidak mempunyai pengetahuan yang mencukupi mengenai isu-isu kesihatan wanita.

“Ia juga menimbulkan perasaan malu dalam kalangan atlet untuk bertanya pendapat sehingga ada yang meminta nasihat daripada rakan-rakan dan ahli keluarga, sekali gus mencetuskan masalah jika mereka mengambil ubat tanpa preskripsi dan mengakibatkan isu doping,” katanya.

Justeru, ISN melantik Pakar Obstetrik dan Ginekologi Pelawat, Dr Jerilee Azhary untuk mengendali serta seorang doktor wanita secara tetap, Dr Wan Nadiah Zainab Wan Azman bagi memberi perkhidmatan perubatan kepada atlet wanita negara.

Antara perkhidmatan disediakan adalah khidmat perundingan dan konsultasi, pemeriksaan kesihatan wanita, rujukan luar dan sesi pendidikan kesihatan wanita.

Klinik yang dibuka sejak 4 Oktober lalu, beroperasi setiap Rabu dari jam 9 pagi hingga 1 tengah hari.

Sementara itu, Hannah mengucapkan tahniah kepada pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia selepas muncul juara Terbuka Artik 2023 di Vantaa, Finland menewaskan rakan senegara, Ng Tze Yong 21-14, 21-15 pada aksi final, Ahad lalu.

“Tahniah kepada Lee Zii Jia, kerana mampu bangkit semula untuk menang gelaran setelah sekian lama,” katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Isu Jin Wei: ‘Coach’ Nova Ada Komitmen Lain - Hannah Yeoh

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Berdiam Diri Kerana Tak Mahu Ganggu Siasatan, Hannah Yeoh Sambut Baik Siasatan SPRM

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Exco Kedah Puji Profesionalisme, Sikap Terbuka Hannah Yeoh

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Politik 11 jam yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 11 jam yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad