web statsweb stats

Berita Terkini

4 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Abd Halim Bangga Jadi Anak Nelayan, Beri Kelebihan Dalam Acara Kolam Renang

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jun 2023 4:02PM

Perenang negara Abd Halim Mohammad dalam acara 50 Meter Kuak Dada Lelaki (SB8- kecacatan fizikal) di Pusat Akuatik, Stadium Morodok Techo hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PHNOM PENH - Perenang para negara Abd Halim Mohammad, tersenyum puas apabila berjaya menambah koleksi pingat emas ketiga peribadinya menerusi acara 50 meter (m) kuak dada lelaki (SB8- kecacatan fizikal), pada hari ketiga pertandingan Sukan Para ASEAN (APG) 2023, hari ini.

Abd Halim berpendapat dilahirkan dalam keluarga nelayan yang sinonim dengan air sejak kecil, memberi kelebihan untuk beliau mempamerkan aksi bertenaga dengan catatan 34.44 saat (s) untuk meraih emas, sekali gus memadamkan rekod lamanya sendiri iaitu 34.88s, yang dicatatnya tahun lepas.

Beliau berkata nasihat daripada arwah bapa Mohammad Bondan yang meninggal dunia pada 2013, menjadi penguat semangat buat beliau untuk terus memungut pingat menerusi acara kolam renang.

“Saya tidak sangka dapat bawa pulang tiga emas terutamanya menerusi acara hari ini, memang terkejut namun bersyukur. Setiap kali saya pergi sertai kejohanan pasti teringat kata-kata semangat dari arwah ayah dan saya masih berpegang teguh pada nasihat itu.

“Arwah ayah selalu kata saya ada bakat dalam sukan jadi perlu berusaha sungguh-sungguh kalau mahu hasil. Lagipun kami hanya datang dari keluarga nelayan namun saya tetap bangga sebab perkara itu beri kelebihan pada saya,” katanya kepada Bernama.

Anak buah Eva Wong menceritakan, beliau hanya terlibat sepenuh masa dalam bidang sukan air bermula pada 2017, selepas meninggalkan dunia olahraga yang diceburi selama tujuh tahun sebelum itu.

Beliau berkata perubahan sukan dibuat, selepas terdapat halangan daripada kategori yang mahu disertainya, sehingga memaksa beliau mencari alternatif lain dengan menyertai uji bakat Majlis Sukan Negeri (MSN) Sabah, yang menagih atlet renang ketika itu.

Abd Halim, 25, sama sekali tidak menyesal bertukar kepada sukan air, yang seolah-olah membawa tuah kepada dirinya, setiap kali menyertai kejohanan pentas antarabangsa.

“Saya mula dengan sukan olahraga pada 2010 namun ketika 2017, terdapat masalah kategori namun saya tidak mahu meninggalkan dunia sukan.

“Pada pertengahan tahun sama, MSN Sabah ada mencari atlet renang dan saya mencuba. Tidak sangka rezeki saya di sana sehingga sekarang,” kata anak keenam daripada tujuh adik-beradik itu.

Beliau yang tinggal bersama ibu Saring Ibhrahim di Tuaran, Sabah berterima kasih kepada keluarga kerana sentiasa berada di sisinya setiap kali susah dan senang. 

Abd Halim bagaimanapun berkata hatinya berat setiap kali terpaksa meninggalkan ibunya seorang diri di kampung, untuk menggalas cabaran negara di peringkat antarabangsa namun tetap melakukannya demi Malaysia.

Abd Halim yang membuat penampilan kali kedua selepas edisi Solo, Indonesia telah meninggalkan pesaing dari Vietnam Quang Vuong yang mencatatkan masa 37.68s dan perenang Indonesia Guntur Guntur (37.87s) pada acara 50m kuak dada lelaki SB8.

Semalam, beliau merangkul dua  pingat emas bagi acara 100m kuak dada SB8 (kecacatan fizikal) dan 100m gaya bebas S8 (kecacatan fizikal). - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 3 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 2 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar