web statsweb stats

Berita Terkini

6 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Anak Buah Hilang Keyakinan Punca Perak Tewas Kepada Terengganu - Yusri Che Lah

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jun 2023 7:25AM

Pemain Terengganu FC, Ivan Mamut (tengah) menanduk bola ke gawang gol ketika bertemu Pasukan Perak FC dalam saingan Liga Super Malaysia 2023 di Stadium Perak semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Ketua Jurulatih Perak FC Yusri Che Lah mengakui pasukannya kehilangan keyakinan dan rentak sehingga menyebabkan mereka tumbang  0-3 kepada Terengganu FC pada perlawanan Liga Super yang berlangsung di Stadium Perak, petang semalam.

“Pemain saya sebenarnya telah memberikan yang terbaik dan semampu mereka dan saya faham mereka masih dihantui dengan isu keyakinan yang perlu kita tangani segera.

“Kami barisan kejurulatihan dan pemain senior sentiasa memberikan kata-kata positif kepada pemain dan ini satu kerja yang cukup besar untuk saya tangani, dalam tempoh tiga hari sebelum bertemu Kedah FC,” katanya pada sidang media selepas perlawanan di Stadium Perak semalam.

Yusri berkata beliau akan meningkatkan usaha untuk mengembalikan keyakinan para pemainnya, bagi mengharungi baki perlawanan seterusnya memperbaiki kedudukan dalam liga.

Sementara itu, Ketua Jurulatih Terengganu FC Tomislav Steinbruckner nyata gembira dengan kemenangan mengumpul tiga mata di Ipoh.

“Kami bermain dengan baik dan mempunyai banyak peluang. Ada perlawanan kita tidak sepatutnya kalah tetapi inilah bola sepak dan kini kami gembira kerana selepas dapat tiga mata ketika bertemu Penang FC, dan sebelum itu satu mata ketika bertemu Sabah Fc.

“Setiap perlawanan baharu satu cabaran baharu dan saya bagi tahu pemain untuk bermain dengan sepenuhnya jika hendak menang, dan hari ini kami berhak menang,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Liga Super: KL City Belasah Skuad Muda Kedah 5-0

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Liga Super: JDT Berpesta Gol Tewaskan Penang FC 5-0

3

Sukan 1 tahun yang lalu

Selangor Jinakkan Penang 4-1, Rampas Kedudukan Kedua Liga Super

4

Sukan 1 tahun yang lalu

KL City Atasi Selangor 1-0 Di Laman Sendiri

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek