Berita Terkini

3 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Peruntukan RM20 Juta Untuk Litar Drag Di Setiap Negeri Tidak Mencukupi

Sukan Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 30 May 2023 5:41PM

Hannah Yeoh - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Peruntukan RM20 juta untuk membangunkan litar drag di setiap negeri seperti yang dicadangkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob adalah tidak mencukupi memandangkan kos penyelenggaraan menelan belanja besar selain keperluan menitikberatkan aspek keselamatan.

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata peruntukan yang dibentangkan kerajaan terdahulu pada Belanjawan 2023 juga tidak pernah dibahaskan serta mendapat kelulusan di Parlimen malah tiada input daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengenai projek berkenaan.

"Bukan sahaja duit, untuk membina litar drag ini melibatkan tanah yang besar dan kena dapatkan persetujuan kerajaan negeri. Dalam keadaan politik semasa yang mana kita ada kerajaan negeri berbeza-beza, bagaimana pengumuman itu boleh dibuat dan ada jangkaan untuk ‘rollout’...tak mungkin," katanya.Beliau 

Beliau berkata aspek keselamatan dalam sukan permotoran juga sangat penting dan KBS menitikberatkan soal ini selain daripada keperluan penyelenggaraan litar.

Hannah berkata demikian kepada media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan (JKPS) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di sini hari ini.

Ahmad Zahid Hamidi ketika mempengerusi Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan (JKPS) di sini hari ini.
Ahmad Zahid Hamidi ketika mempengerusi Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan (JKPS) di sini hari ini.

Meskipun demikian, Hannah berkata KBS akan memastikan sukan permotoran diberi perhatian dan pada tahun ini, terdapat peruntukan untuk program permotoran yang akan diselaraskan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negara, dan Litar Antarabangsa Sepang juga menerima peruntukan bagi membuat program dan penambahbaikan.

Mengenai program “Road to Gold” bagi pemain badminton dalam usaha meraih pingat pada Sukan Olimpik di Paris 2024, Hannah berkata tiada ada sebarang perubahan senarai pemain badminton meskipun berlaku penurunan ranking dunia termasuk wakil negara yang tersingkir awal di kejohanan Masters Malaysia.

Beliau berkata syarat kelayakan program RTG adalah jelas iaitu bekas pemenang pingat Olimpik dan atlet yang berada dalam senarai 10 terbaik dunia berdasarkan sukan masing-masing.

"Tidak ada (pemain badminton keluar dan masuk program RTG) sebab syarat kelayakan itu sangat jelas. Kalau mereka hendak masuk mesti berada dalam kedudukan 10 terbaik dunia," katanya.

Hannah berkata untuk menyingkirkan atlet daripada program RTG bukan perkara mudah kerana ia memerlukan perbincangan lanjut serta nasihat daripada penasihat teknikal seperti Datuk Dr Ramlan Aziz, Josiah Ng dan Datuk Lee Chong Wei.

Ketika ini, ranking dunia pemain badminton menyaksikan pemain perseorangan lelaki Lee Zii Jia menduduki nombor 10 dunia manakala beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik di ranking ketiga  dunia dan Ong Yew Sin-Teo Ee Yi di nombor tujuh dunia.

Pearly Tan-M Thinaah
Pearly Tan-M Thinaah

Bagi beregu wanita negara pula, Pearly Tan-M Thinaah menduduki nombor 11 dunia namun dijangka meningkat selepas meraih gelaran naib juara Masters Malaysia Ahad lepas.

Atlet badminton mendominasi senarai program RTG antaranya Zii Jia, dua beregu lelaki Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Ong Yew Sin-Teo Ee Yii, beregu wanita Pearly Tan-M Thinaah dan dua beregu campuran Tan Kian Meng-Lai Pei Jing serta Goh Soon Huat-Shevon Lai.

Selain pemain badminton, antara atlet yang menyertai senarai berkenaan ialah pemenang pingat perak Olimpik Tokyo 2020 Datuk Azizulhasni Awang, Muhammad Shah Firdaus Sahrom (berbasikal trek), ratu terjun negara Datuk Pandelela Rinong dan Nur Dhabitah Sabri (terjun).

Ditanya mengenai perseorangan lelaki Zii Jia, Hannah berharap pemain itu dapat fokus dan memberikan yang terbaik sepanjang kelayakan Olimpik terutama selepas mendapat jurulatih baharu Wong Tat Meng.

"Saya gembira untuk Zii Jia kerana sebelum pengumuman dia mempunyai masalah tiada jurulatih. Ia sangat penting buat dia mempunyai jurulatih dan bergerak ke depan kerana kita tahu dia mahu memenangi emas. Dia mengambil langkah memperbaiki dirinya," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

oleh Wartawan Getaran

Sukan 1 hari yang lalu

Aksi ‘Battle Of The Reds’ Gamit Memori - David James

Semasa 16 jam yang lalu

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

Semasa 14 jam yang lalu

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM