Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Anugerah Datuk dan Pandalela Rinong

Bukan gelaran yang diburu atlet elit negara, namun tidakkah mereka wajar menerima penghargaan selayaknya?

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 May 2021 12:17PM

Gambar: Harry Salzman, Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dalam suasana murung memikirkan yang kita akan beraya dalam keadaan PKP minggu lepas, sekurang-kurangnya dunia sukan Malaysia membawa sebutir cahaya dalam bentuk pingat emas.

Penerjun kebangsaan yang sekian lama mengharumkan nama negara, Pandalela Rinong, mengungguli acara 10 meter individu di Kejohanan Piala Dunia Terjun FINA di Tokyo. 

Bagi yang sudah lama mengikuti perkembangan Pandalela, kejayaan ini tidaklah mengejutkan. Kecemerlangan beliau dalam arena sukan terjun memang membanggakan.

Anak muda dari Sarawak ini mula mencatatkan kemenangan seawal 2007, di mana beliau mengungguli acara terjun di Sukan SEA di Thailand. Tahun 2010 menyaksikan beliau meraih pingat di Youth Olympic Games, Sukan Komanwel dan Sukan Asia. 

Dan sedari itu, hampir setiap tahun ada sahaja pingat yang dibawa pulangnya untuk Malaysia - termasuklah di Sukan Olimpik dan kejohanan dunia anjuran FINA.

Namun, tahun ini rasanya kali pertama beliau memenangi pingat emas dalam kejohanan Piala Dunia Terjun. Tentunya, satu petanda baik untuk Tokyo 2020 (yang ditangguh setahun kerana pandemik COVID-19) di mana, doa kita, akhirnya akan ada pingat emas untuk negara. 

Atas kejayaan ini, ramai yang mengusulkan pencapaian beliau diberi anugerah 'Datuk', sepertimana ahli sukan lain sebelumnya seperti Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol David.

Namun begitu, Menteri Belia dan Sukan Sarawak (yang sendirinya mempunyai gelaran Datuk), Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, adalah tidak sesuai memberi pengiktirafan sebegitu kepada Pandalela. 

Katanya, Pandalela terlalu muda untuk diberi gelaran Datuk dan dia sepatutnya diberi peluang untuk menikmati usia mudanya terlebih dahulu. Sambil berkata, “Jangan manjakan dia,” beliau berpendapat tidak sesuai seseorang berusia 20-an mendapat gelaran tersebut.

Ini telah mencetuskan kemarahan netizen sehingga ada yang mengugut Abdul Karim di laman media sosial - satu perbuatan yang lazim kita lihat dan tidak patut digalakkan. 

Tetapi berbalik kepada soal usia, memang lazimnya atlet negara diberi penghormatan setelah mereka bersara.

Namun acuan ini telah dipecah apabila gelaran Datuk diberi kepada Lee Chong Wei dan Nicol David pada tahun 2008. Pada ketika itu, mereka berusia sekitar 26 dan 25 tahun - ramai yang menggunakan ini sebagai bukti yang alasan usia yang diberikan oleh Abdul Karim itu tidak bertepatan. 

Tambahan pula, bagi penerjun bertaraf dunia, mereka seringkali memulakan persaingan di usia belasan tahun.

Walaupun saya tidak gemar membuat perbandingan kerana setiap sukan ada konteks kejayaannya yang tersendiri, usia purata atlet terjun di peringkat dunia ialah sekitar 22 tahun, berbanding 25 tahun untuk badminton, manakala untuk sukan skuasy, purata usia pemain elit wanita sekitar 25-30 tahun.

Jadi pada usia 28 tahun, Pandalela sebenarnya telah berkecimpung dalam sukan ini di peringkat dunia lebih dari 13 tahun- setara dengan tempoh dengan Nicol David ketika mendapat anugerah Datuk. 

Pemberian anugerah sebagai pengiktirafan kejayaan seseorang dalam bidang sukan juga kita lihat di peringkat antarabangsa - malahan diberi ketika mereka masih aktif.

Contohnya, di UK, anugerah Knight Bachelor yang membawa gelaran Sir diberi kepada Mo Farah (2012) dan Andy Murray (2016) - di mana kedua-duanya masih bergiat dalam acara mereka hari ini.

Memang pun atlet tidak bertanding untuk mendapatkan pangkat dan gelaran, jauh sekali. Pandalela sendiri pun sudah berkata begitu: pastinya bagi beliau, dapat menggigit pingat emas Olimpik jauh lebih bermakna. Tidak dinafikan banyak bantuan dan ganjaran lain telah dberikan untuk atlet negara, sejajar dengan pencapaian mereka. 

Tapi bagi saya, ini lebih membabitkan soal penghargaan terhadap penat lelah seorang atlet elit di peringkat antarabangsa. Dan untuk perkara ini ditidakkan oleh seorang menteri negeri, dengan alasan yang tidak berapa kukuh, kelihatan agak janggal. - Getaran, 15 Mei 2021



 

Isu Pada

Kemilau Bintang Wany Hasrita

15 May 2021

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Semasa 1 hari yang lalu

Beban Tugas: KKM Pusat, Negeri Telah Diarah Lihat Semula Sumber Tenaga - Menteri

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunggakan Gaji Bekas Kakitangan Kedah Agro Diselesaikan Secara Berperingkat

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 17 jam yang lalu

Tiada Kasino Akan Dibuka, Bakal Beroperasi Di Johor - MB

oleh Sophia Ahmad