web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 20 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Selamat Tinggal Sukan SEA Kemboja 2023! Jumpa Lagi Di Thailand 2025

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 May 2023 7:07AM

Orang ramai teruja menyaksikan persembahan bunga api pada majlis penutup Sukan SEA 2023 di Stadium Nasional Morodok Techo semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PHNOM PENH - Selepas menempuh  cabaran  selama 11 hari pertandingan, ketabalan,  drama dan emosi oleh atlet rantau ASEAN, Sukan SEA Kemboja 2023 akhirnya dengan rasminya ditutup dengan persembahan penuh berwarna warni dan bertenaga di Stadium Nasional Morodok Techo, di sini, malam tadi.

Hujan lebat beberapa jam sebelum majlis bermula pasti tidak menjejaskan kemeriahan pesta yang menampilkan persembahan cahaya, kesan visual, bunyi, bunga api dan lebih penting lagi, budaya Kemboja.

Sejumlah 75,000 penonton membanjiri stadium tersebut untuk menyaksikan majlis penutup temasya edisi ke-32 yang buat julung kali dianjurkan oleh negara itu.

Persembahan itu dimulakan dengan persembahan muzikal  bertema 'See You Again' oleh barisan penyanyi tersohor negara itu dan penari tempatan diikuti dengan persembahan seni mempertahankan diri yang menakjubkan dalam segmen 'The Great Soul of Kun Bokator'.

Kun Bokator ialah seni mempertahankan diri tradisional Khmer (Kemboja) sejak zaman purba yang melibatkan pelbagai gerakan tangan serta lutut dan disenaraikan sebagai salah satu acara sukan pertama kali diperkenalkan dalam sukan dwitahunan itu.

Perarakan masuk maskot, pegawai kontinjen, 1,000 atlet dan 2,000 sukarelawan yang berkerja tanpa jemu untuk memastikan kelancaran temasya sukan itu disambut dengan sorakan daripada penonton.

Penonton kemudian diburkan dengan tayangan video memaparkan sorotan aksi sepanjang temasya itu termasuk penampilan khas alet kebangsaan Kemboja, Bou Sammang, yang menuju ke tengah padang, diiringi tepukan gemuruh daripada penonton.

Walaupun menduduki tempat terakhir, Sammang memenangi hati peminat sukan tempatan dan antarabangsa apabila beliau meneruskan lariannya dalam hujan semasa perlumbaan 5,000 meter (m) wanita pada 8 Mei lalu.

Timbalan Perdana Menteri, Tea Banh, kemudian naik ke pentas untuk menyampaikan anugerah Atlet Terbaik Sukan SEA ke-32, kepada dua atlet wanita - perenang Singapura, Ting Wen Quah dan wakil vovinam Kemboja, Pal Choraksmey atas pencapaian luar biasa di temasya kali ini.

Wen Quah merangkul enam pingat emas dan dua perak daripada kolam renang manakala Choraksmey memperoleh empat emas, satu perak dan satu gangsa.

Perdana Menteri, Hun Sen, kemudian diberi penghormatan untuk menyampaikan ucapan dan mengisytiharkan penutupan secara rasminya temasya sukan yang bermula 5 Mei lalu.

Semasa obor temasya dipadamkan di Phnom Penh, bendera Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) dan Sukan SEA ke-32 diturunkan dengan iringi lagu SEAGF yang dinyanyikan oleh 64 orang kanak-kanak.

Banh, mewakili Jawtankuasa Penganjur Sukan SEA Kemboja (CAMSOC) kemudian menyerahkan bendera itu kepada Presiden Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan Thailand (NOCT), Jeneral Prawit Wongsuwon selaku tuan rumah edisi akan datang pada 2025.

Ia disusuli denngan persembahan kebudayaan daripada wakil Thailand membabitkan simbol budaya, jiwa dan identiti masyarakat negara Gajah Putih itu.

Thailand akan menjadikan tuan rumah edisi ke-33 di tiga bandar utama negara itu, Bangkok, Chonburi dan Songkhla dari 9 hingga 20 Dis, 2025.

Vietnam mempertahankan gelaran juara keseluruhan carta kedudukan pingat di sini dengan mengumpul 136 emas, 105 perak dan 118 gangsa, selepas mengumpul  205-70-104 ketika menjadi tuan rumah edisi lepas di Hanoi pada 2021.

Kemboja mencatatkan prestasi terbaik sepanjang tempoh penyertaan mereka pada temasya sukan dwitahunan itu apabila mengakhiri saingan di tempat keempat selepas mengutip 81 emas, 74 perak dan 127 gangsa.

Malaysia, melalui detik hitam di edisi Kemboja apabila mencipta pencapaian terburuk dalam sejarah temasya sukan itu dengan kedudukan ketujuh serta gagal mencapai sasaran 40 emas.

Malaysia hanya mampu mengumpul  34 emas, 45 perak dan 97 gangsa. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad