web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 17 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sukan SEA: Jawatankuasa CDM Sedia Ahli Psikologi Sukan Untuk Bantu Atlet

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 May 2023 12:16PM

Shalin Zulkifli berkata ini kerana kebanyakan atlet yang menyertai edisi kali ini terdiri dalam kalangan muka baharu - Gambar Fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEPANG - Jawatankuasa Ketua Kontinjen (CDM) menyediakan dua ahli psikologi sukan bagi membantu para atlet sepanjang Sukan SEA ke-32 di Kemboja yang dijadual berlangsung dari 5 hingga 17 Mei ini.

Timbalan CDM Datuk Shalin Zulkifli berkata ini kerana kebanyakan atlet yang menyertai edisi kali ini terdiri dalam kalangan muka baharu.

"60 peratus atlet merupakan muka baharu yang akan bertanding buat kali pertama dan kami membuat persiapan bersama pengurus pasukan untuk terus berhubung bersama Institut Sukan Negara (ISN) sekiranya pemain-pemain mereka memerlukan bantuan (psikologi) tersebut," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian kepada Bernama ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum berlepas ke Kemboja bersama seorang lagi Timbalan CDM yang juga bekas pemain skuasy wanita kebangsaan Sharon Wee.

Turut berlepas ke Kemboja hari ini adalah jawatankuasa Majlis Sukan Negara, skuad bola sepak wanita kebangsaan (Malayan Tigress), pasukan bola tampar dan golf negara.

Bekas ratu boling negara itu turut yakin dengan persediaan yang dilakukan para atlet sama ada dari segi mental mahu pun fizikal untuk berentap bagi acara masing-masing, sekali gus dapat menghadiahkan pingat untuk kontinjen negara.

"Selepas Sukan SEA di Hanoi, Vietnam pada tahun lepas, kebanyakan atlet telah membuat perancangan sendiri, jadi mereka sudah tahu persiapan apa yang perlu dibuat," katanya.

Olahragawati kebangsaan sebanyak lima kali itu turut berharap rakyat di negara ini akan terus memberikan sokongan kepada semua atlet bagi menyuntik semangat mereka dalam menggalas cabaran negara di Kemboja. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Penipuan Siber: 3 Rakyat Malaysia Antara 49 Ditahan Di Phnom Penh

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Perjanjian Damai Dimeterai, PM Terima Ucapan Terima Kasih Daripada Rakyat Kemboja

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Tarif Balas AS: Malaysia Hantar Wakil Cari Jalan Penyelesaian - PM

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Wanita Kemboja, Anak Dakwa Melayu Malas Dituduh Di Mahkamah Esok

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Politik 17 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 10 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini