web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Mohd Juwaidi Sambut Aidilfitri Dengan 2 Gangsa Di Piala Dunia

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Apr 2023 7:11AM

Gambar Facebook National Archery Association of Malaysia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemanah negara Mohd Juwaidi Mazuki menyambut Aidilfitri jauh di perantauan dengan membuat panahan yang memberikan dua pingat gangsa untuk negara  di Piala Dunia Memanah Peringkat 1 di Antalya, Turkiye, hari ini.  

Atlet memanah kompaun berusia 32 tahun itu mengekalkan tumpuannya untuk menamatkan masing-masing acara individu lelaki dan pasukan campuran bersama Fatin Nurfatehah Mat Salleh di tempat ketiga, menurut laman sesawang rasmi Memanah Dunia.

Gandingan Mohd Juwaidi-Fatin Nurfatehah membawa pulang gangsa pasukan campuran itu selepas memenangi persaingan sengit menentang wakil Itali Marco Bruno-Elisa Roner  dengan mata 19-18 dalam aksi penentuan pingat gangsa selepas kedua-dua pasukan seri 157 mata. 

Terdahulu, wakil Malaysia itu tewas tipis kepada Ojas Pravin Deotale-Jyothi Surekha Vennam 155-157 dalam separuh akhir sebelum pasukan pilihan kedua dari India itu menumpaskan Chen Chieh Lun-Chen Yi Hsuan dari Taiwan 159-154 untuk muncul selaku juara acara itu.

Mohd Juwadi yang menduduki ranking ke-161 dunia, kemudian menambah kilauan pingatnya dengan mengecewakan pemanah nombor satu dunia dari Belanda Mike Schloesser 148-146 dalam aksi penentuan pingat gangsa.

Mohd Juwaidi gagal mara ke final selepas tewas 145-147 di tangan Jozef Bosansky dari Slovakia di separuh akhir.

Rabu lepas, Mohd Juwaidi memecahkan rekod kebangsaannya sendiri dalam pusingan kelayakan selepas mengutip 714 mata selepas 72 panahan untuk memadamkan rekod 709 mata sebelum ini dicipta di Kejohanan Memanah Asia 2019.  - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Politik 15 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad