web statsweb stats

Berita Terkini

1 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Shah Firdaus Peroleh Perak Dalam Acara Keirin Di Belgium

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Apr 2023 7:24AM

 Muhammad Shah Firdaus - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -  Atlet berbasikal trek negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom memastikan Malaysia memperoleh sekurang-kurangnya satu penyudah podium dalam Kejohanan Trek Antarabangsa Belgium (IBTM) di Ghent semalam, dengan memenangi pingat perak dalam acara keirin lelaki.

Pelumba berusia 27 tahun kelahiran Muar itu menyudahkan perlumbaan di belakang Juara Eropah 2022, Sebastien Vigier dari Perancis yang mewakili pasukan Creteil-kronos.

Wakil Skuad Kebangsaan Perancis  Luca Priore membawa pulang gangsa, menurut laman sesawang rasmi Berbasikal Trek Belgium.

Biarpun Malaysia menurunkan empat atlet dalam separuh akhir, hanya Muhammad Shah Firdaus berjaya menaiki podium sementara yang lain gagal mendapatkan tempat enam teratas untuk ke final.

Pemenang pingat perak Olimpik Tokyo 2020  Datuk Mohd Azizulhasni Awang berada di kedudukan ketujuh, sementara Muhammad Fadhil Mohd Zonis dan Muhammad Ridwan Shahrom masing-masing di tempat kelapan dan ke-10. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam