web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Hannah Ingatkan Atlet Kekal Profesional Di Media Sosial

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Apr 2023 12:54PM

Hannah menyapa tetamu yang hadir di majlis berbuka puasa anjuran MSN di Bukit Jalil di sini, malam tadi. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menggesa atlet supaya berhati-hati dengan interaksi mereka di platform media sosial.

Hannah berkata, beliau berharap Majlis Sukan Negara (MSN) juga akan menganjurkan beberapa siri kursus untuk membantu atlet melengkapkan diri dengan etika sosial dalam talian.

“Banyak kursus dan program kami anjurkan untuk membantu atlet kerana setiap daripada mereka mempunyai akaun media sosial.

“Kami mahu mereka bersikap profesional dan mengekalkan interaksi yang betul dengan peminat.

“Saya mohon kerjasama mereka kerana jika tidak kita tidak akan dapat melakukan semuanya sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis berbuka puasa anjuran MSN di Bukit Jalil di sini, malam tadi.

Baru-baru ini, beberapa atlet didapati menggunakan platform media sosial untuk meluahkan perasaan mereka berikutan kekalahan dalam kejohanan tertentu.

Walaupun ia perkara biasa untuk berbuat demikian, beberapa muat naik dilakukan atlet negara menimbulkan kebimbangan.

Salah satu contoh ialah pemain hoki negara, Hanis Nadiah Onn yang digantung selepas dia mengeluarkan komen berbaur perkauman berkaitan konsert penyanyi dan komposer dari India, AR Rahman di ibu negara, bulan lepas.

Sementara itu, pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia pula menerusi hantaran di media sosialnya menyebut “Saya sudah selesai” selepas kecewa dengan prestasinya di Terbuka Jerman, bulan lalu.

Terbaharu, pemain perseorangan lelaki profesional negara, Soong Joo Ven menerima mesej ugutan dan biadap susulan kekalahannya pada pusingan kelayakan Masters Sepanyol, bulan lalu. - The Vibes, 13 April 2023

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Isu Jin Wei: ‘Coach’ Nova Ada Komitmen Lain - Hannah Yeoh

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Berdiam Diri Kerana Tak Mahu Ganggu Siasatan, Hannah Yeoh Sambut Baik Siasatan SPRM

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Exco Kedah Puji Profesionalisme, Sikap Terbuka Hannah Yeoh

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad