web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Mirnawan Mahu ' Speedy Tigers' Konsisten Lakar Kemenangan

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jan 2023 10:26AM

Mirnawan Nawawi - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengurus pasukan hoki negara Datuk Mirnawan Nawawi berharap perkembangan positif yang dicipta skuad Speedy Tigers sepanjang aksi Piala Dunia 2023 di Bhubaneswar, India dapat diterjemahkan kepada kemenangan pada peringkat seterusnya.

Beliau berkata skuad negara yang meraih dua kemenangan aksi Kumpulan C, perlu menjadikan ia sebagai batu loncatan bagi mencipta satu lagi kemenangan ketika berdepan Sepanyol pada aksi penentuan ke suku akhir, hari ini.

"Daripada segi suasana saya lihat ia positif di kem hoki negara, jadi saya harapkan ia dapat dibawa semasa menentang Sepanyol nanti.

"Berdasarkan kekuatan fizikal dan mental juga saya yakin mereka telah bersedia untuk mengatasi pasukan itu," katanya menerusi video yang dikongsikan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) kepada media.

Berkongsi perkembangan semasa skuad itu yang kini menghuni ranking kesembilan dunia, Mirnawan  berkata pemain telah berehat selama dua hari sebelum berdepan pasukan Sepanyol yang berada di ranking kelapan dunia.

"Jadi kita gunakan (tempoh rehat) sebaik mungkin untuk barisan pemain mendapatkan rehat serta kembali pulih sepenuhnya. Mereka juga dibenarkan keluar dari tempat penginapan untuk merehatkan minda serta emosi.

"Skuad Speedy Tigers dalam masa sama membuat latihan padang selain memberikan tumpuan kepada aspek taktikal yang akan digunakan ketika menentang Sepanyol," katanya.

Pada 19 Januari lepas, skuad kendalian A. Arul Selvaraj menewaskan New Zealand 3-2 dalam aksi terakhir Kumpulan C.

Ia merupakan kemenangan kedua Malaysia dalam saingan itu selepas menewaskan Chile, 3-2 sekali gus menyaksikan skuad negara menamatkan saingan Kumpulan C di tempat kedua di belakang Belanda.

Secara keseluruhan, Malaysia pernah bertemu Sepanyol sebanyak 18 kali dengan skuad negara hanya melakar tiga kemenangan dan dua keputusan seri manakala selebihnya dimenangi pasukan lawan. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan