web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Verstappen Catat Rekod Paling Banyak Menang Dalam Satu Musim F1

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Oct 2022 8:03PM

Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ANKARA - Pemandu Red Bull Racing Max Verstappen mencatat sejarah dengan merekod kemenangan terbanyak dalam satu musim Formula Satu (F1) susulan kemenangannya di Grand Prix Mexico pada Ahad.

Verstappen menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 1 jam 38 minit dan 36.729 saat pada Kejohanan Dunia F1 2022.

Pemandu Belanda itu yang sudah pun dijamin gelaran pemandu musim ini, mencatat kemenangan ke-14 peribadinya -- kemenangan Grand Prix terbanyak dalam satu musim, lapor Agensi Anadolu.

Rekod 13 kemenangan dipegang bersama oleh Michael Schumacher dan Sebastian Vettel.

Bintang Belanda itu juga mencatat rekod pemandu baharu dengan mengumpul 416 mata untuk satu musim, melepasi 413 mata Lewis Hamilton yang dicatat pada 2019. 

"Kejayaan luar biasa. Kepantasan kereta ini sangat baik. Kami terpaksa menjaga tayar," kata Verstappen mengenai kemenangan bersejarahnya.

Pemandu Mercedes Lewis Hamilton menduduki tempat kedua +15.186 saat manakala rakan sepasukannya Sergio Perez ketinggalan +18.097 saat di belakang Verstappen.

Verstappen mendahului kedudukan dengan 416 mata. Rakan sepasukannya Perez di tempat kedua dengan 280 mata manakala pemandu Ferrari, Charles Leclerc di tempat ketiga dengan 275 mata.

Bagi kategori pasukan, Red Bull Racing mendahului senarai dengan 696 mata diikuti Ferrari di tempat kedua dengan 487 mata dan Mercedes ketiga dengan 447 mata.

Perlumbaan seterusnya dalam kalendar musim 2022 ialah Grand Prix Brazil di Autodromo José Carlos Pace di Sao Paulo pada 13 November. - Bernama

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Politik 11 jam yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar