Berita Terkini

11 jam yang lalu: Harga minyak masak 5kg kekal RM30.90 bagi tempoh 8 Dis-7 Jan 11 jam yang lalu: MCMC diminta kenal pasti kawasan ada gangguan komunikasi di Padang Serai 11 jam yang lalu: Organisasi, pengamal media perlu berkembang seiring teknologi, trend 11 jam yang lalu: Bajet Melaka 2023 dibentangkan pada sidang DUN 12 Disember ini 11 jam yang lalu: Lafaz ikrar Rukun Negara di majlis tingkat semangat patriotisme, perpaduan

IKUTI KAMI


Piala AFF: Stadium Nasional Bukit Jalil Gelanggang Rasmi Harimau Malaya - FAM

Sukan Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 29 Oct 2022 12:51PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Stadium Nasional Bukit Jalil akan menjadi gelanggang rasmi skuad Harimau Malaya sepanjang kempen Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 bermula 20 Disember ini.

Selain Piala AFF, Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Noor Azman Rahman berkata aksi antarabangsa Tier 1, bertemu Kemboja pada 9 Disember sebagai persiapan pasukan kendalian Kim Pan Gon menjelang pertandingan bola sepak berprestij di Asia Tenggara itu, akan turut berlangsung di stadium kebanggaan Malaysia itu.

Justeru, Noor Azman mengucapkan terima kasih kepada Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu atas keprihatinan dan persetujuan pihaknya, untuk membenarkan penggunaan Stadium Nasional Bukit Jalil sebagai ‘Home of Harimau Malaya’ bagi saingan Piala AFF 2022.

“Kami sedia maklum mengenai keadaan padang di Stadium Nasional dan akan mengambil langkah bersama dengan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), dalam usaha memastikan kualiti padang berada pada tahap memuaskan pada perlawanan-perlawanan yang telah dijadualkan itu nanti.

“Kepada penyokong Harimau Malaya, kami berharap agar aura Stadium Nasional yang ditampilkan ketika Kelayakan Piala Asia 2023, Jun lalu akan dapat diteruskan lagi pada perlawanan-perlawanan yang akan datang ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Malaysia diundi dalam Kumpulan B bersama Vietnam diikuti Singapura, Myanmar dan Laos dalam saingan yang berlangsung sehingga 16 Januari tahun depan.

Bagi saingan kali ini, pasukan kebangsaan akan menjadi hos kepada perlawanan melibatkan Laos pada 24 Disember dan Singapura pada 3 Januari 2023.

Harimau Malaya juga berpeluang beraksi di Stadium Nasional Bukit Jalil sekiranya mereka layak ke separuh akhir, yang dijalankan secara timbal balik pada 6 atau 7 Januari 2023 serta 9 atau 10 Januari 2023.

Malaysia hanya sekali memenangi saingan Piala AFF pada edisi 2010, sejak kejohanan dwitahunan itu bermula pada 1996 dan muncul naib juara pada 1996, 2014 dan 2018.

Thailand muncul pasukan paling berjaya dengan enam kejuaraan (1996, 2000, 2002, 2014, 2016, 2020) diikuti Singapura dengan empat kejuaraan (1998, 2004, 2007 dan 2012) dan Vietnam  (2008 dan 2018).

Dalam pada itu, Noor Azman turut memaklumkan satu lagi perlawanan antarabangsa Tier 1 di antara Malaysia dan Maldives, akan berlangsung di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras pada 14 Disember Piala AFF: Stadium Nasional Bukit Jalil Gelanggang Rasmi Harimau Malaya - FAM

KUALA LUMPUR - Stadium Nasional Bukit Jalil akan menjadi gelanggang rasmi skuad Harimau Malaya sepanjang kempen Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 bermula 20 Disember ini.

Selain Piala AFF, Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Noor Azman Rahman berkata aksi antarabangsa Tier 1, bertemu Kemboja pada 9 Disember sebagai persiapan pasukan kendalian Kim Pan Gon menjelang pertandingan bola sepak berprestij di Asia Tenggara itu, akan turut berlangsung di stadium kebanggaan Malaysia itu.

Justeru, Noor Azman mengucapkan terima kasih kepada Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu atas keprihatinan dan persetujuan pihaknya, untuk membenarkan penggunaan Stadium Nasional Bukit Jalil sebagai ‘Home of Harimau Malaya’ bagi saingan Piala AFF 2022.

“Kami sedia maklum mengenai keadaan padang di Stadium Nasional dan akan mengambil langkah bersama dengan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), dalam usaha memastikan kualiti padang berada pada tahap memuaskan pada perlawanan-perlawanan yang telah dijadualkan itu nanti.

“Kepada penyokong Harimau Malaya, kami berharap agar aura Stadium Nasional yang ditampilkan ketika Kelayakan Piala Asia 2023, Jun lalu akan dapat diteruskan lagi pada perlawanan-perlawanan yang akan datang ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Malaysia diundi dalam Kumpulan B bersama Vietnam diikuti Singapura, Myanmar dan Laos dalam saingan yang berlangsung sehingga 16 Januari tahun depan.

Bagi saingan kali ini, pasukan kebangsaan akan menjadi hos kepada perlawanan melibatkan Laos pada 24 Disember dan Singapura pada 3 Januari 2023.

Harimau Malaya juga berpeluang beraksi di Stadium Nasional Bukit Jalil sekiranya mereka layak ke separuh akhir, yang dijalankan secara timbal balik pada 6 atau 7 Januari 2023 serta 9 atau 10 Januari 2023.

Malaysia hanya sekali memenangi saingan Piala AFF pada edisi 2010, sejak kejohanan dwitahunan itu bermula pada 1996 dan muncul naib juara pada 1996, 2014 dan 2018.

Thailand muncul pasukan paling berjaya dengan enam kejuaraan (1996, 2000, 2002, 2014, 2016, 2020) diikuti Singapura dengan empat kejuaraan (1998, 2004, 2007 dan 2012) dan Vietnam  (2008 dan 2018).

Dalam pada itu, Noor Azman turut memaklumkan satu lagi perlawanan antarabangsa Tier 1 di antara Malaysia dan Maldives, akan berlangsung di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras pada 14 Disember ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 minggu yang lalu

Jersi Baharu Harimau Malaya Bertema ‘Demi Lencana Di Dada’

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Dianggap Buat Serangan Peribadi, Nga Kor Ming Terima Kecaman Netizen

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Anwar Perlu Nyatakan Pendirian, Jelaskan Segera Kenyataan Sokong Israel - Peja

4

Politik 1 bulan yang lalu

Bertanding Parlimen Tambun Perangkap ‘Kuburkan’ Politik Anwar

Sorotan

1

Jangan Heret Rakyat Ke Kancah Perpecahan Demi Sokongan

2

Usul Undi Percaya Keabsahan Anwar Dibentang 19 Disember Ini

3

Kerana Tabung Kecemasan Nad Zainal, Netizen Kecam Netizen Yang Toksik, Mulut Longkang! 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dadah: Farid Kamil Didenda RM5,000, Hukuman Penjara Diketepikan

Semasa 17 jam yang lalu

Wanita Maut Jatuh Kondominium, Mayat Ditemui Tersangkut Tingkat 20

oleh Fitri Nizam

Luar Negara 1 hari yang lalu

Bekas Presiden China Jiang Zemin Meninggal Dunia Pada Usia 96 Tahun

Semasa 9 jam yang lalu

Pengusaha Salun Uniseks Di Terengganu Berdepan Denda Hingga RM1,000, Dibatalkan Lesen

oleh Wartawan The Vibes