web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


JDT Lakar Kemenangan, Benam KDA FC 3-1

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Oct 2022 7:25AM

Pemain Kedah Darul Aman (KDA) FC, Wanja Ronald Ngah (kanan) mengasak pemain pertahanan Johor Darul Takzim (JDT) FC, Shane Thomas Lowry pada perlawanan Liga Super Malaysia 2022 di Stadium Darul Aman malam tadi. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Johor Darul Ta'zim (JDT) terus melakar kemenangan selepas berjaya menundukkan Kedah Darul Aman (KDA FC) 3-1 di Stadium Darul Aman di sini, malam tadi. 

Babak pertama perlawanan menyaksikan pasukan tuan rumah lebih garang mengatur serangan dan berjaya menjaringkan gol menerusi Wanja Ronald Ngah di minit ke-11.

Gol terhasil daripada pergerakan cantik Wanjah yang berjaya memperdayakan pemain pertahanan JDT lalu merembat bola ke gawang gol Mohd Farizal Marlias. 

Tersentak dengan itu, JDT mengatur serangan dan memperolehi gol penyamaan menerusi Bergson  Gustavo Silveira Da Silva pada minit ke-36 selepas berjaya melepasi perangkap outside. 

Pada minit ke-47, JDT terpaksa akur untuk bermain dengan 10 pemain apabila Bergson dilayangkan kad merah selepas mengasari pemain pertahanan Rodney Celvin. 

Bersambung babak kedua permainan, JDT menambah gol kedua menerusi Leandro Sebastian pada minit ke-60 selepas berjaya menyempurnakan sepakan penalti. 

Walaupun pasukan pelawat yang dibimbing Hector Pablo Bidoglio terpaksa beraksi dengan 10 pemain, JDT terus menguatkan cengkaman dengan gol ketiga pada minit ke-79 menerusi Mohd Afiq Fazail apabila berjaya memanfaatkan kesilapan pertahanan tuan rumah sekali gus menyaksikan kedudukan kekal 3-1 sehingga wisel penamat. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Liga Super: JDT Berpesta Gol Tewaskan Penang FC 5-0

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Selangor Jinakkan Penang 4-1, Rampas Kedudukan Kedua Liga Super

3

Sukan 1 tahun yang lalu

Piala FA: Jaringan Saat Akhir Morales Tewaskan Kedah

4

Sukan 1 tahun yang lalu

KL City Atasi Selangor 1-0 Di Laman Sendiri

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad