Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Mesut Ozil Tidak Pernah Berada Dalam Perancangan JDT - TMJ

Sukan Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Sep 2022 1:04PM

Mesut Ozil - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ISKANDAR PUTERI - Bekas pemain Arsenal, Mesut Ozil tidak pernah berada dalam perancangan Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk diambil sebagai pemain baharu.

Pemilik Kelab JDT, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah demikian sekali gus menepis desas-desus yang mengatakan bintang kelahiran Jerman itu bakal menyertai kelabnya.

Baginda bagaimanapun memberi bayangan bahawa tidak mempunyai masalah untuk mempertimbangkan pemain kelab Sepanyol Sevilla iaitu Papu Gomez sekiranya mampu memberikan komitmen untuk bermain di JDT.

“Saya tidak tahu mana cerita Mesut Ozil ini datang, tetapi jikalau Papu Gomez..kalau dia boleh memberi saya komitmen dan harga munasabah, insya-Allah. Tetapi Mesut Ozil tidak pernah ada dalam perancangan saya.

“Kalau dia (Ozil) bagus kenapa tidak ada satu pun kelab ambil dia, mungkin ada masalah peribadi, kita tidak tahu, mungkin dari segi sikap...saya tidak mahu memburukkan sesiapa kerana saya tidak kenal dia. 

“Tetapi, itu antara faktor kami harus ambil dan buat penilaian, tidak kami terima setakat hendak nama besar sahaja dalam JDT, saya hendak keputusan, kejayaan dan bukan jadi populis,” titah baginda dalam Sesi Soal Jawab Bersama Penyokong di Stadium Sultan Ibrahim, di sini malam tadi.

Baginda pada masa sama bertitah tidak mahu JDT dijadikan sebagai kelab persaraan untuk mana-mana pemain dunia dan menjelaskan hanya pemain yang mampu memberikan komitmen dan sanggup berjuang bermati-matian untuk pasukan berada di kelab itu.

“Saya rasa, saya tidak akan bayar pemain yang tidak akan lari tiga meter dalam padang. Di Johor tidak ada superstar, yang ada, pemain yang memberi komitmen dan sanggup bermati-matian antara satu sama lain, komited untuk menyerang dan bertahan sebagai satu unit,” titah baginda.

Baginda juga bertitah penyertaan JDT III dalam pertandingan bola sepak kompetitif seperti Sukan Malaysia (Sukma) ke-20 pada masa sama mampu memberikan pendedahan kepada pemain sekali gus memperbaiki prestasi pemain.

Perjuangan JDT III  pada Sukma ke-20 berakhir di peringkat suku akhir setelah tewas 4-5 menerusi sepakan penalti ketika berdepan Wilayah Persekutuan setelah terikat 1-1 dalam 90 minit perlawanan.

Sementara itu, Tunku Ismail turut menzahirkan ucapan tahniah kepada atlet Johor atas kejayaan mendahului tangga teratas carta kutipan pingat Sukma ke-20.

Setakat semalam, Johor mendahului kutipan pingat pada temasya sukan dwitahunan itu dengan 50 pingat emas, 31 perak dan 21 gangsa diikuti Terengganu 26 emas, 26 perak dan 24 gangsa. - Bernama

Sorotan

1

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

2

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

3

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

4

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

5

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

6

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

7

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Beban Tugas: KKM Pusat, Negeri Telah Diarah Lihat Semula Sumber Tenaga - Menteri

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Lelaki Disiasat, Muat Naik Hantaran Jelik Berkaitan Tragedi Helikopter TLDM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Kedutaan AS Sangkal Kenyataan Gilley, Malaysia Selamat Untuk Dilawati

oleh Wartawan Getaran

Politik 6 jam yang lalu

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok