web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jangan Guna Bahan Terlarang Untuk Berjaya - Ahmad Faizal

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Sep 2022 12:29PM

PABM sebelum ini membuat ketetapan bahawa jika terdapat mana-mana atlet ahli gabungan/persatuan negeri positif doping, maka atlet tersebut dan atlet lain dalam ahli gabungan/persatuan negeri itu, akan digantung daripada menyertai SUKMA ke-20 - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANGI - Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mahu semua atlet terutama daripada sukan angkat berat, agar tidak menggunakan jalan singkat dengan penggunaan bahan terlarang untuk meraih kejayaan pada mana-mana kejohanan disertai mereka. 

Kesal dengan tiga atlet angkat berat Sukan Malaysia (SUKMA) 2022 melibatkan dua negeri didapati positif doping pada ujian prakejohanan, beliau berkata masalah tersebut akan memberi kesan kepada sukan itu kembali disenaraikan sebagai sukan teras, selepas digugurkan akibat masalah doping.

“Ini masalah kedegilan...kita tidak guna jalan singkat capai kejayaan. Saya yakin kepada semua atlet, kalau anda semua berusaha bersungguh-sungguh tanpa menyalahi mana-mana peraturan anda mampu jadi juara. 

“Kita sedia maklum angkat berat bukan lagi sukan teras sebab masalah yang sama (doping), jadi tentunya perkara terbaharu ini mengundang masalah sama untuk kita martabatkan sukan itu,” katanya ketika ditemui pada majlis makan malam Sukma ke-20 di sini, malam tadi.

Mengulas lanjut, beliau percaya Majlis Sukan Negara (MSN) akan memperhalusi perkara tersebut dan membuat satu keputusan yang baik demi kepentingan negara.

Semalam, Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM) mengumumkan pihaknya menarik diri daripada mengendalikan acara angkat berat SUKMA ke-20, kerana ketetapan badan induk itu berhubung kesalahan berkaitan isu doping yang tidak disambut baik MSN, selepas tiga atlet Sukma diuji positif pada ujian dilakukan Agensi Anti-doping Malaysia (ADAMAS).

Menurut PABM, mereka sebelum ini membuat ketetapan bahawa jika terdapat mana-mana atlet ahli gabungan/persatuan negeri positif doping, maka atlet tersebut dan atlet lain dalam ahli gabungan/persatuan negeri itu, akan digantung daripada menyertai SUKMA ke-20.

Ketiga-tiga mereka, sebelum ini dilarang daripada mengambil bahagian dalam SUKMA kali ini.

Ahmad Faizal berkata berikutan itu saingan angkat berat SUKMA yang sepatutnya bermula pada Isnin, hanya membuka tirai hari ini, dengan acara tersebut dikendalikan pasukan khas penggiat sukan itu dengan kerjasama MSN.

Namun, beliau berkata pihaknya masih berharap supaya PABM kembali menguruskan acara berkenaan.

Sementara itu, Ketua Kontinjen Terengganu Datuk Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak mengesahkan salah seorang atlet terpalit isu doping datangnya dari kontinjen Pantai Timur itu, namun tidak mempunyai butiran lanjut berhubung isu berkenaan.

“Memang ada atlet Terengganu terlibat (isu doping), tetapi saya sendiri tidak tahu nama atlet terlibat itu. Tindakan selanjutnya akan diambil apabila kita balik ke Terengganu, tengoklah atlet itu mahu buat ujian kedua atau macam mana,” katanya.

Tun Ahmad Faizal, bagaimanapun memaklumkan moral barisan badang Terengganu yang bakal memulakan aksi hari ini, berada di tahap tertinggi untuk mempamerkan prestasi terbaik mereka.

Pada 2017, angkat berat antara satu daripada tiga sukan digugurkan daripada senarai sukan teras susulan masalah doping selain sepak takraw dan taekwondo. - Bernama

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Politik 9 jam yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar