web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Liga Super: Kedah DA FC Kecundang Di Laman Sendiri

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Apr 2021 8:42AM

Pemain Kedah Darul Aman FC Mohd Fadzrul Danel Mohd Nizam dilayangkan kad merah oleh pengadil Noor Azriel Baharudin selepas mengasak pemain Terengganu FC dengan keras pada Perlawanan Liga Super 2021 di Stadium Darul Aman Alor Setar, malam tadi. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kedah Darul Aman (DA) FC gagal menggunakan peluang bermain di laman sendiri untuk merampas takhta Liga Super daripada Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas tewas 2-1 di tangan Terengganu FC di Stadium Darul Aman, Alor Setar, malam ini

Pasukan pelawat sepatutnya berada di depan pada minit ke-32 namun sepakan percuma oleh Mohamad Hakimi Abdullah sekadar singgah di palang gol walaupun penjaga gol Kedah DA FC, Mohd Shahril Sa’ari telah tertewas.

Kemudian, kesilapan pemain pertahanan Terengganu FC  Muhammad Mohd Faudzi mengundang padah apabila beliau tertampan bola ke gawang sendiri pada minit ke-40 berpunca hantaran dari sebelah kanan oleh pemain tengah import Kedah DA FC,  Rabih Ataya.

Kedudukan itu tidak kekal lama apabila Terengganu FC menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti oleh David  Da Silva pada masa kecederaan separuh masa pertama selepas percubaan Carlos Alberto Martinez De Murga dalam kotak penalti terkena tangan Muhammad Ariff Farhan Md Isa.

Muhammad Azam Azmi Murad melepaskan sepakan deras untuk gol kedua Terengganu FC pada minit ke-59 selepas menyempurnakan lorongan menarik ke dalam kotak penalti oleh Mohamad Faisal Abdul Halim.

Kedah DA FC terus dirundung malang apabila dilayangkan dua kad merah selepas Mohd Fadzrul Daniel  Mohd Nizam dan Rodney Celvin Akwensivie dibuang padang pada masa kecedaraan separuh masa kedua.

Mohd Fadzrul dihukum selepas mempertikaikan keputusan pengadil yang tidak memberikan sepakan penalti selepas bola terkena tangan pemain pelawat di dalam kotak penalti manakala Rodney pula mengasari seorang pemain gantian pelawat, Engku Muhammad Nur Shakir Engku Yacob.

Kemenangan dilakar Terengganu FC membantu mereka untuk melonjak ke tangga ketiga liga dengan 15 mata manakala Kedah DA FC kekal di tangga kedua liga dengan 16 mata.

JDT kekal di tangga teratas liga dengan 17 mata selepas tujuh perlawanan.

Sementara itu, satu-satunya aksi Liga Premier menyaksikan pendahulu liga, Negeri Sembilan FC tewas mengejut 3-2 di tangan Kelantan United FC di Stadium Tuanku Abdul Rahman di Paroi.

Tuan rumah berada di depan seawal minit pertama menerusi jaringan penyerang Mohamad Zaquan Adha Abd Razak sebelum pemain import, Alfusainey Gassama menjaringkan gol penyamaan buat Kelantan United FC pada minit ke-20.

Negeri Sembilan FC kemudian dikejutkan dengan layangan kad kuning kedua oleh pengadil kepada Saiful Ridzuwan Selamat pada minit ke-45 yang menyaksikan pasukannya terpaksa bermain 10 orang selepas beliau diarah keluar padang.

Alfusiney Gassama sekali lagi mencetak nama sebagai penjaring pada minit ke-51 sebelum Negeri Sembilan FC kembali menyamakan kedudukan lapan minit kemudian hasil jaringan Alain Thierry Akono Akono.

Mohamad Hariz Kamarudin memastikan Kelantan United FC mengutip tiga mata penuh apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-64 untuk kemenangan ketiga selepas tujuh perlawanan.

Negeri Sembilan FC menungguli persada liga dengan 14 mata, hanya kelebihan satu mata dengan Johor DT II manakala Kelantan United FC menduduki tangga kelima dengan 10 mata selepas tujuh perlawanan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Liga Super: JDT Berpesta Gol Tewaskan Penang FC 5-0

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Selangor Jinakkan Penang 4-1, Rampas Kedudukan Kedua Liga Super

3

Sukan 1 tahun yang lalu

KL City Atasi Selangor 1-0 Di Laman Sendiri

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Liga Super: JDT Teruskan Momentum Kemenangan, Tewaskan Sabah 3-1

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Politik 8 jam yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 6 jam yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 1 hari yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad