web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Aaron - Wooi Yik Tempah Tiket Ke Final Juara Dunia, Tewaskan Beregu Terbaik India 

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Aug 2022 12:57PM

Aaron Chia (kiri) dan Soh Wooi Yik menewaskan pasangan Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty untuk mara ke final Kejohanan Badminton Dunia 2022 di Tokyo, hari ini. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Beregu lelaki negara, Aaron Chia - Soh Wooi Yik menempah tiket ke final Kejohanan Dunia hari ini selepas menewaskan pasangan nombor satu India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty, 20-22, 21-18, 21-16.

Mereka memecahkan rekod sendiri apabila melangkah ke pusingan akhir buat kali pertama sejak kemunculan sulung pada 2018.

Pasangan keenam terbaik dunia itu bagaimanapun berdepan tentangan sengit daripada lawan yang berada di kedudukan ketujuh dunia, yang tidak pernah berjaya untuk menewaskan mereka dalam kesemua lima pertemuan.

Bagaimanapun, bercakap kepada media selepas kejohanan itu, Aaron berkata, misi mereka masih belum selesai dan kedua-duanya enggan terganggu dengan kemenangan tersebut.

“Misi belum selesai, kami harus kekalkan fokus pada kejohanan ini.

"Kami tidak mahu terlalu memberi tekanan kepada diri sendiri untuk mencipta sejarah atau sama ada kami akan menjadi yang pertama di Malaysia (untuk memenangi Kejohanan Dunia) atau tidak," kata Aaron.

Sementara itu, Wooi Yik menegaskan bahawa mereka sudah lama mendambakan kemenangan pada aksi separuh akhir kerana sukar untuk melakukannya sebelum ini.

“Ia sama sekali berbeza daripada perlawanan sebelum ini kerana kami dapat memberi lebih tumpuan kepada diri kami hari ini dan Aaron memberi saya keyakinan semula apabila saya melakukan banyak kesilapan,” katanya.

Aaron-Wooi Yik akan bertembung dengan pasangan pilihan ketiga kejohanan, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan dari Indonesia pada pusingan akhir esok.

Jika mereka memenangi perlawanan tersebut, Aaron-Wooi Yik akan menjadi pemain Malaysia pertama pernah memenangi kejohanan dunia.

Namun jika nasib tidak menyebelahi mereka, Aaron-Wooi Yik hanya akan menjadi pasangan beregu lelaki kelima negara yang membawa pulang pingat perak selepas Jalani-Razif Sidek (1987), Cheah Soon Kit-Soo Beng Kiang (1993), Cheah Soon Kit-Yap Kim Hock (1997), dan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong (2010).

Ahsan-Setiawan tidak pernah bernasib baik ketika menentang Aaron-Wooi Yik dalam pertemuan terdahulu mereka pada Terbuka Malaysia dan Sukan Olimpik Tokyo 2020 dengan peminat meletakkan harapan tinggi kepada pasangan beregu ini. - The Vibes, 27 Ogos 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 10 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 11 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan