web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 17 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Noor Azman, Dilantik Setiausaha Agung Baharu FAM Berkuatkuasa September

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Aug 2022 11:09AM

Noor Azman Rahman - Gambar ihsan FAM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini mengumumkan Naib Presiden Persatuan Bolasepak Melaka (MUSA) Noor Azman Rahman sebagai setiausaha agung badan induk itu yang baharu, berkuat kuasa 1 September.

FAM dalam kenyataan memaklumkan pelantikan Noor Azman yang ketika ini menyandang jawatan koordinator presiden di FAM, adalah susulan peletakan jawatan Mohd Saifuddin Abu Bakar.

Noor Azman, 55, bertugas sebagai koordinator presiden FAM sejak 2018 setelah Datuk Hamidin Mohd Amin dipilih sebagai presiden.

Beliau juga merupakan naib presiden MUSA pada 2012 sebelum menyandang jawatan setiausaha agung MUSA selama tiga tahun dari 2015 hingga 2018.

Selain itu, beliau juga pernah terlibat dalam beberapa jawatankuasa tetap FAM, antaranya sebagai Ahli Jawatankuasa Media (2010-2013), Ahli Jawatankuasa Futsal dan Bola Sepak Pantai (2014-2018) dan Ahli Jawatankuasa Pertandingan (2018-2019).

Dalam pengurusan pasukan, Noor Azman pernah menjadi pengurus pasukan Liga FAM Melaka pada 2013, penolong pengurus pasukan Liga FAM Melaka (2014) serta penolong pengurus pasukan futsal kebangsaan dari 2014 hingga 2017.

Pada 23 Ogos lepas, FAM menerima peletakan jawatan Mohd Saifuddin yang mahu menumpukan kepada kerjayanya di peringkat antarabangsa. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 15 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 15 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad