web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KLBA Bakal Anjur Punch Open Untuk Pemain Badminton Muda

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Aug 2022 9:49AM

Jahaberdeen (kanan) bersama Radzi di Majlis Pelancaran Projek Jejak Juara semalam. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Persatuan Badminton Kuala Lumpur (KLBA) bersedia menganjurkan kejohanan antarabangsa remaja pertama Malaysia pada September tahun depan.

Kejohanan dinamakan The Punch Open itu akan dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu Bawah-12, Bawah-15 dan Bawah-18.

Presiden KLBA, Datuk Seri Jahaberdeen Mohamed Yunoos berkata, Punch Open adalah sebagai penghormatan kepada mendiang Datuk Punch Gunalan yang dikenali sebagai legenda badminton negara.

“Kejohanan ini sudah dalam perancangan sejak lima tahun lalu dan kami berharap untuk memulakannya tahun depan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas pelancaran Projek Jejak Juara oleh Menteri Pendidikan, Datuk Mohd Radzi Md Jidin di sini, semalam.

Jahaberdeen bagaimanapun berkata, kejohanan itu masih tertakluk kepada kelulusan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Punch Gunalan adalah seorang daripada pemain awal badminton Malaysia yang mencipta sejarah apabila beliau dan pasangannya, Ng Boon Bee menyumbang pingat emas beregu lelaki pertama negara pada Sukan Komanwel 1970, selain memenangi acara perseorangan lelaki di Sukan Asia di Bangkok pada tahun sama.

Gandingan itu seterusnya mengharumkan nama negara apabila memenangi Kejohanan All-England pada tahun berikutnya.

Pada Sukan Komanwel 1974, Punch Gunalan memenangi perseorangan lelaki serta pingat gangsa dalam acara beregu, sekali gus dinobatkan sebagai Olahragawan Terbaik Malaysia pada 1969 dan 1974.

Selepas menggantung raket,  beliau melatih dan mengetuai skuad negara sehingga melakar kejayaan pada Piala Thomas 1992 di Kuala Lumpur. - The Vibes, 23 Ogos 2022

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 8 jam yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar