web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 12 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Piala FA: JDT, Pulau Pinang, Selangor, Terengganu Layak Ke Separuh Akhir

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jul 2022 7:13AM

Pemain pertahanan JDT, Shane Thomas Lowry (kanan) cuba menjaringkan gol semasa beraksi pada Perlawanan Bola Sepak Piala FA peringkat suku akhir di Stadium Hang Jebat dekat Krubong, malam tadi. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) berjaya melangkah ke pusingan separuh akhir Piala FA selepas menewaskan Melaka United 2-1 pada aksi suku akhir di Stadium Hang Jebat, Melaka malam tadi.

Gagal memanfaatkan kelebihan bermain di laman sendiri, langkah tempang Melaka bermula apabila gawang Skuad Kancil berjaya dibolosi menerusi tandukan Ahmad Hazwan Bakri seawal minit keempat  perlawanan.

Berbaki enam minit sebelum wisel penamat ditiup, kapten pasukan Melaka, Sony Norde mengikat kedudukan 1-1 menerusi sepakan penalti. 

Bergson Da Silva bagaimanapun muncul wira dalam memastikan JDT ke separuh akhir selepas  menjaringkan gol pada masa kecederaan. 

Di KOTA KINABALU, Selangor FC turut melangkah ke peringkat separuh akhir saingan Piala FA apabila menewaskan pasukan Sabah FC 2-0 dalam perlawanan suku akhir yang berlangsung di Stadium Likas.

Selangor mendahului seawal minit pertama apabila Brendan Gan bijak memanfaatkan kelekaan pertahanan lawan dengan menghantar bola hantaran lolos yang disudahkan Hyuri Henrique dengan kemas.

Skuad Gergasi Merah kemudian menambah jaringan pada minit ke-81 menerusi satu serangan balas yang gagal dihalang Sabah, apabila Herlison Caion cemerlang menyudahkan hantaran bola lolos Hein Htet Aung.

Turut melangkah ke pusingan separuh akhir, Penang FC yang menewaskan Sri Pahang FC 5-2 di Stadium Darul Makmur, Kuantan.

Sri Pahang membuka tirai jaringan menerusi Andres Steven Rodriguez pada minit ke-11 diikuti Azwan Aripin pada minit ke-19.

Babak kedua perlawanan, giliran Penang bangkit menyamakan kedudukan menerusi jaringan  T Saravanan (minit ke-45) dan Hilal Alhelwe (minit ke-85) sehingga memaksa perlawanan diheret ke masa tambahan.

Penang terus rancak menambah tiga lagi jaringan gol menerusi Lucas Espindola Da Silva (minit ke-96) dan Hilal (minit ke-99) diikuti K. Thivandran (minit ke-116) bagi menoktahkan kemenangan.

Dalam pada itu Terengganu FC (TFC) juga berjaya mara ke separuh akhir Piala FA selepas membenam Kuching City FC 4-1 dalam aksi suku akhir di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak  malam tadi. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar