web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Liga Super: Selangor Belasah Sarawak United 7-0

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jun 2022 8:51AM

Pasukan Selangor FC meraikan kemenangan selepas berpesta gol ketika menentang Sarawak United FC pada Perlawanan Bola Sepak Liga Super Malaysia 2022 di Stadium MBPJ malam tadi. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kapten Selangor FC Brendan Gan, yang kembali bersama pasukan selepas setahun setelah dihidapi kanser, menjadi pencetus kemenangan besar 7-0 skuad Gergasi Merah ke atas Sarawak United pada aksi Liga Super, malam tadi.

Pemain berusia 34 tahun itu, memulakan kenduri gol seawal minit ketujuh buat Selangor di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, apabila mengegarkan jaring dengan merembat masuk bola hantaran Quentin Cheng.

Aksi itu merupakan perlawanan liga pertama buat Brendan yang disahkan menghadapi kanser testis pada Julai tahun lepas.

Jaringan tersebut terus menyemarakkan skuad Gergasi Merah apabila penyerang import dari Brazil, Hyuri Henrique mengandakan jaringan pada minit ke-23 menerusi tandukan, hasil sepakan penjuru Mukhairi Ajmal Mahadi.

Skuad tuan rumah memastikan mereka terus menghukum pasukan zon penyingkiran itu apabila seorang lagi penyerang import dari Brazil, Herlison Caion melengkapkan hantaran silang Hein Htet Aung pada minit ke-45.

Bersambung babak kedua, pengendali Michael Feichtenbeiner terus mengantikan Brendan dengan Muhamad Syahir Bashah dalam memburu kemenangan ketiga musim dalam aksi keenam musim ini`.

Skuad Gergasi Merah meneruskan kenduri gol apabila Nor Hakim Hassan meledak gol keempat dalam situasi satu lawan satu menentang penjaga gol Sharbinee Allawee pada minit ke-51.

Caoin kemudian menjadi wira hatrik buat Selangor apabila meledak dua lagi jaringan, masing-masing pada minit ke-74 dan 88.

Dengan benteng pertahanan Sarawak United terus kucar kacir, Aliff Haiqal Lokman Hakim Lau menambah derita mereka menerusi jaringan pada masa kecederaan (90+2) untuk melengkapkan kemenangan penuh bergaya tersebut.

Kemenangan itu membantu Selangor melonjak daripada kedudukan kelapan ke tempat keenam carta dengan 11 mata manakala Sarawak United berada di kedudukan ke-11 daripada 12 pasukan dengan hanya mengumpul tujuh mata selepas 10 aksi setakat ini. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 15 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 9 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad